Tarikh : 30 NOVEMBER 2018 |
Tujuan
Kelas keusahawanan ini telah disertai oleh 6 orang peserta wanita dari Kampung Sungai Judah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempelajari kemahiran menghasilkan gambar-gambar produk yang menarik bagi tujuan promosi.
Aktiviti
Peserta-peserta diberi penerangan tentang ciri-ciri gambar produk yang menarik dan cara-cara untuk mengambil gambar dengan teknik yang betul. Mereka juga turut mempraktikkan apa yang dipelajari dengan bantuan petugas pusat internet.