Encik Bidin Bin Loya merupakan salah seorang pengukir kraftangan patung dan topeng di Kampung Sungai Judah. Beliau terlibat dengan seni ukiran kayu ini kerana minat dan didorong oleh ahli keluarga dan rakan-rakan untuk meneruskan tradisi turun menurun masyarakat Mah Meri yang sememangnya terkenal dengan penghasilan ukiran kayu yang pelbagai.

 

Antara produk ukiran yang dihasilkan adalah:

1. Ukiran patung

2. Ukiran topeng

3. Ukiran alat-alat muzik

4. Ukiran cenderamata 

 

Puan Noraini merupakan suri rumah sepenuh masa. Untuk membantu suami dalam menambahkan pendapatan keluarga, beliau menjual kraftangan berasaskan anyaman secara kecil-kecilan. Kemahiran mengayam ini adalah warisan turun-temurun dan hasil daripada pembelajaran yang disertai  daripada bengkel anjuran Kraftangan Malaysia.

 

Antara produk kraftangan yang dihasilkan oleh Puan Noraini adalah:

1. Beg anyaman

2. Tikar

3. Penanda buku

4. Bunga telur