Tangani isu kesihatan mental dengan menghubungi talian khidmat nasihat kaunseling.

Jadilah komuniti yang penyayang dan sentiasa prihatin di antara satu sama lain.

Jika berdepan dengan seseorang yang memerlukan bantuan, bertindak segera dengan menghubungi talian-talian khidmat sokongan.

 

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan sebarang iklan melibatkan hand sanitizer yang membuat tuntutan pencegahan atau rawatan Covid-19. Elakkan membeli hand sanitizer dari laman sosial, e-dagang dan penjual dari luar negara.

Kepada penjual hand sanitizer online!
Pastikan 2 perkara sebelum mengiklankan hand sanitizer:
1. Pastikan hand sanitizer bernotifikasi (mempunyai No. Notifikasi)
2. Tidak membuat tuntutan berkenaan pencegahan apa-apa penyakit termasuklah penyakit Covid-19
JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!

#biarbetuliklanni!

Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my

 

 

 

 

 

Dah duduk dalam rumah semasa PKP pun masih batuk? Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya,itu adalah KULAT
.
Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
.

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma.

Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
.

Bolehkah kulat ini di cegah?

 Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.

 Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah
.

Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

 

 
 

 

 

Pada tempoh wabak ini, pengambilan makanan yang sihat penting untuk memastikan ketahanan tubuh badan.

Pengambilan makanan tinggi gula memberi kesan kepada tindak balas sel putih untuk menyerang kuman. Gula juga menyebabkan radang dalam tubuh dan menyebakan kegemukan.