Kampung Orang Asli Sungai Judah merupakan sebuah perkampungan tradisional yang terletak di kawasan Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor. Ia terletak didalam kawasan Parlimen Kuala Langat. Kuala Langat merupakan salah satu dari sembilan daerah yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya terletak di bahagian Barat Daya Negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 44 km dari Shah Alam iaitu ibu Negeri Selangor. Daerah ini disokong dengan kemudahan infrastruktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar Diraja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA. Daerah Kuala Langat juga adalah berlatar belakangkan perusahaan, perindustrian serta perdagangan dan pada masa kini Daerah Kuala Langat mempunyai sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Bebas yang terletak di Telok Panglima Garang. Daerah ini mempunyai seramai 44.5 % sahaja iaitu penduduk bandar manakala 55.5 % penduduk luar bandar.

 

Kedudukan Pulau Carey adalah di selatan Pelabuhan Klang dan di Utara Banting.Kampung Sungai Judah termasuk di dalam Mukim Bandar/Jugra yang mempunyai keluasan 3, 852.219 hektar.

 

 

Didalam mukim Bandar/Jugra ini terdapat 9 buah kampung iaitu terdiri daripada 6 buah kampung tradisi dan 3 buah kampung orang asli.

KAMPUNG TRADISI :

Kampung Sawah

Kampung Melayu, Pulau Carey

Kampung Seri Jugra

Kampung Sungai Buaya

Kampung Bandar

Kampung Permatang Pasir

 

KAMPUNG ORANG ASLI :

Kampung Orang Asli Sungai Judah

Kampung Orang Asli Sungai Bumbun

Kampung Orang Asli Sungai Kurau

Kampung Orang Asli Bakar Leleh

 

 

 

 
ADUN SIJANGKANG (N51)

              

  Y.B. Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi

  Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sijangkang,

  No.1 Tingkat Atas, Jalan Wira 2,

  Taman Perwira, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor

  Tel : 03-31228649  Faks : 03-31228649

PENGHULU MUKIM BANDAR / JUGRA

              

  En. Mohd Fadzil bin Mohd Amin

  Balai Penghulu Mukim Bandar / Jugra,

  42700 Banting, Selangor

  Tel : 03 - 3182 2507 / 03 - 3120 3520

  Fax : 03 - 3187 9006

PEGAWAI DAERAH KUALA LANGAT

              

  Tuan Haji Rosli Bin Othman

  Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat,

  Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,

  Kota Seri Langat, Sungai Sedu,

  42700 Banting, Selangor

  Tel : 03-31822536, 03-31822555

  Faks : 03-31872011 

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

(Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL))

             

  Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat

  Tuan Mohd Azhar bin Mohamed Ali 

  Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,

  42700 Banting, Kuala Langat, Selangor

  Tel : 03-31872825

  Faks : 03-31879304