AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

Amverton Cove Golf & Island Resort merupakan salah satu daya tarikan pelancong yang terdapat di Pulau Carey. Terletak kira-kira 30KM dari pekan Banting, ia menawarkan satu percutian yang menarik bagi pengunjung terutama mereka yang meminati sukan golf. Amverton Cove direka untuk memberikan pengalaman terbaik kepada setiap pemain golf. Selain padang yang mencabar, ia mempunyai susun atur landskap yang indah dan semula jadi.

Selain daripada itu, Amverton Cove Golf & Island Resort juga menyediakan pelbagai aktiviti dalaman dan aktiviti luaran (indoor & outdoor activities) seperti kolam renang, karaoke, gymnasium, fun zone untuk kanak-kanak, kayak, flying fox dan sebagainya. Aktiviti ini sangat sesuai kepada mereka yang inginkan satu pengalaman yang berbeza bersama keluarga.

ALAMAT : PT673, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor Darul Ehsan

TEL : +603-3123 3800

EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

WEBSITE : www.amvertoncove.com

                              

 

PANTAI MORIB

Pantai Morib merupakan destinasi percutian pantai di daerah Kuala Langat, kira-kira 15KM dari pekan Banting. Pantai Morib popular sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Sebagai salah satu taman rekreasi, Pantai Morib dilengkapi dengan kemudahan yang sangat baik seperti taman permainan, laluan pejalan kaki, medan selera, tandas, surau, dan sebagainya. Para pengunjung juga tidak perlu risau tentang penginapan kerana di sini terdapat banyak hotel yang disediakan seperti Impian Morib Hotel (bersebelahan padang golf), Gold Coast Morib Resort dan sebagainya.

 

 

GOLD COAST MORIB RESORT

Gold Coast Morib Resort terletak di sepanjang pinggir Pantai Morib. Resort ini menawarkan satu percutian yang tenang dan damai kepada para pengunjungnya. Ia menawarkan 672 bilik yang direka menarik pada harga yang berpatutan. Kemudahan yang disediakan di Gold Coast Morib Resort merangkumi kolam renang, jakuzi, banquet hall, dan taman tema air.

 

 

BUKIT JUGRA

Bukit Jugra terletak di daerah Kuala Langat, Selangor. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit Jugra. Sampan, perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra. Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai kota maritim.

 

Bukit Jugra mempunyai 3 punca bukit yang menempatkan:

i. Makam-makam diraja.

ii. Bangunan lama untuk para pembesar dan kerabat diraja.

iii. Rumah api Bukit Jugra setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.

iv. 1976 pembinaan istana oleh Sultan Abdul Samad.

v. 1898 Istana Jugra menjadi tempat pertabalan Sultan Selangor ke-5 iaitu Sultan Alauddin Sulaiman Shah.

 

TAMAN REKREASI PAYA BAKAU SIJANGKANG

Taman rekreasi ini merupakan kawasan rekreasi yang sangat sesuai untuk pencinta alam flora dan faunanya serta alam semulajadi paya bakau.

Di taman rekreasi ini terdapat laluan menyusuri paya bakau di mana ketika air laut pasang pengunjung seakan berjalan di atas air. Selain itu, terdapat juga banyak kemudahan dan aktiviti yang disediakan untuk pengunjung yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Antaranya, tapak perkhemahan & bbq, adventure track, rumah sarang madu kelulut, jeti sampan, pondok rehat dan lain-lain lagi.

 

Tiket:

Dewasa: RM2.00

Kanak-kanak: RM1.00

 

 

PANTAI KELANANG

pantai kelanang beachpantai kelanang beach 1

Pantai Kelanang merupakan kawasan pantai berpasir dan ditumbuhi pokok-pokok rhu serta pokok kayu bakau. Pesisiran Pantai Baru Morib ke Pantai Kelanang dipenuhi oleh pokok kayu bakau sejauh 7 KM. Dari jalan utama, Jalan Morib, akses ke Pantai Kelanang adalah melalui jalan kampung sediada di Pekan Tongkah dan seterusnya dihubungkan oleh jalan berturap sejauh 5 KM. Akses daripada Pekan Kelanang adalah sejauh 1.3 KM. Akses daripada Jugra boleh melalui jalan sediada dari Jeti Kelanang dan seterusnya dihubungkan jalan yang berturap sejauh 3 KM. Pelbagai kemudahan disediakan disini seperti surau, tandas, gerai makan, kiosk, pondok rehat dan lain-lain lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi :

Majlis Daerah Kuala Langat
Persiaran Majlis
Jalan Sultan Alam Shah
42700 Banting

No. Tel : 03 – 3187 2825 / 2732
No. Fax : 03 – 3187 9304

 

PANTAI CUNANG

173870215 2089838767823230 2772073926056653010 n

Pantai Cunang mula dibangunkan pada 2010 dengan pembinaan pondok rehat dan hujung 2013 terdapat 22 pondok rehat yang dibina sendiri oleh komuniti Orang Asal di sini manakala tahun 2014 ia mula dikenali pengunjung dari daerah luar Kuala Langat walaupun pada ketika itu kemudahan agak terhad.

Nama Pantai Cunang itu pula dicipta sendiri oleh komuniti tempatan (Orang Asal) sendiri dimana ‘cunang’ yang membawa maksud tenang dan damai dalam Bahasa Mahmeri.

 

HATTERS CASTLE, PULAU CAREY

 

Hatters Castle Facade Tourism SelangorHatters Castle Carey Island 1a

Bangunan Hatters Castle ini pada suatu masa dahulu didiami oleh Pengurus Ladang Kelapa Sawit sekitar abad ke-18. Bangunan ini telah dibina pada zaman dahulu dan mempunyai senibina bercirikan senibina Inggeris. Pada masa kini, ia dibuka kepada para pengunjung V.I.P Syarikat Golden Hope Sdn. Bhd.