NAMA : NADIANA FITRI BINTI ROSLI UMUR : 18 TAHUN AHLI : 2015 |
Latar belakang
Nadiana Fitri merupakan seorang bekas pelajar SMK Pulau Carey. Beliau telah menamatkan peperiksaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2015.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Nadiana Fitri tidak terdedah dengan penggunaan multimedia dan tidak mahir dalam penggunaan komputer serta internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
PEDi Sg Judah merupakan tempat Nadiana membuat tugasan yang diberikan oleh gurunya ketika menjadi pelajar sekolah. Beliau banyak menghabiskan masa di sini kerana suasana di PEDi cukup kondusif dan membolehkannya untuk berjumpa serta berbincang dengan rakan-rakan sekolah untuk menyiapkan tugasan yang ada. Terdapat sebahagian tugasan yang diberikan memerlukan Nadiana mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Jesteru, kemudahan internet di PEDi Sg Judah dimanfaatkan oleh beliau tanpa perlu ke bandar untuk pergi ke cyber café yang ada.
Selain perkhidmatan internet dan komputer, perkhidmatan mesin fotostat dan printer juga memudahkan proses pembelajaran. Setiap kali ada tugasan yang perlu dihantar dalam bentuk cetakan, PEDi merupakan tempat yang paling hampir menawarkan perkhidmatan cetakan.