NAMA : NORALIAH BINTI ABDULLAH

UMUR : 48 TAHUN

AHLI : 2017

 

Latar belakang

Puan Noraliah, 37 tahun merupakan suri rumah sepenuh masa. Untuk membantu suami dalam menambahkan pendapatan keluarga, beliau mengambil tempahan membuat kraftangan yang dianyam sendiri menggunakan daun mengkuang. Walaupun untung dari perniagaannya masih tidak stabil, Puan Noraliah percaya perniagaannya akan terus berkembang di masa akan datang. Usahanya itu disokong oleh suami beliau. Kraftangan yang dihasilkan terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz antaranya bekas duit, penanda buku dan juga bunga telur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Sg Judah, Puan Noraliah tidak begitu terdedah dengan teknologi komputer dan internet. Beliau tidak mahir untuk menggunakan kemudahan teknologi kini dalam kehidupan harian. Contohnya seperti laman sosial Facebook. Sebelum Puan Noraliah mempunyai akaun Facebook sendiri, beliau hanya menjual kraftangan kepada agen-agen yang datang ke kampung untuk membeli sendiri kraftangan tersebut. Beliau juga tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai ruang untuk mempromosi produk buatannya.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dalam program-program yang dianjurkan di PI Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Puan Noraliah dapat mengenal banyak kepentingan dan kelebihan teknologi komputer dan internet dalam kehidupan harian. Baru-baru ini beliau telah terlibat dengan program Agrobazar Online anjuran FAMA dan MCMC. Beliau kini mempunyai akaun Facebook sendiri. Beliau juga berjaya menggunakan akaun Facebook tersebut sebagai medium utama untuk memperkenalkan perniagaan beliau kepada orang luar. Kaedah ini sangat efektif kepada perniagaan beliau kerana boleh meluaskan pasaran perniagaannya tanpa menggunakan modal yang banyak. Selain itu, Puan Noraliah juga banyak mencari idea-idea baru melalui enjin carian google dan youtube untuk menambah baik produk-produknya di masa akan datang.