NAMA : NUR SANIAH SANA BINTI ABDULLAH

UMUR : 36 TAHUN

AHLI : 2017

 

Latar belakang

Puan Nur Saniah Sana, berumur 36 tahun merupakan ahli PI yang sangat aktif mengikuti latihan-latihan ICT yang dianjurkan di PI. Walaupun berstatus seorang wanita, beliau kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kampung Orang Asli Kepau Laut. Puan Nur Saniah Sana banyak mengenali PI Sg Judah melalui rakan sejawatan beliau, Encik Bidin Bin Loya, Pengerusi Kampung Orang Asli Sungai Judah.  Melalui Encik Bidin, Puan Saniah menjadikan PI Sg Judah sebagai tempat menimba ilmu ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Puan Saniah dalam aktiviti atau program anjuran PI Sg Judah, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Komputer dan internet adalah perkara baru dalam diri beliau. Puan Saniah tidak mahir untuk menggunakan kemudahan teknologi kini dalam kehidupan harian. Beliau juga tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mempromosi produk jualannya.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dalam aktiviti dan program yang dianjurkan di PI Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Puan Saniah dapat mengenal banyak kepentingan dan kelebihan teknologi komputer dan internet dalam kehidupan harian. Beliau berjaya menggunakan akaun emel dan Facebook untuk dijadikan sebagai medium utama bagi memperkenalkan perniagaan beliau kepada orang luar. Kaedah ini sangat efektif kepada perniagaan beliau kerana boleh meluaskan pasaran perniagaannya tanpa menggunakan modal yang banyak. Selain itu, Puan Saniah juga dapat berhubung semula dengan rakan-rakan lama beliau yang telah terputus hubungan melalui aplikasi Facebook.