NAMA : NAJIAH NAJAA BINTI DURIHAM

UMUR : 21 TAHUN

AHLI : 2018

 

 

Latar belakang

Najiah Najaa merupakan seorang pelajar tahun akhir di Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor. Beliau merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Walaupon berstatus anak bongsu, Najiah Najaa masih berusaha untuk mencari duit poket sendiri bagi menampung kos pembelajaran beliau di politeknik. Najiah Najaa menggunakan kesempatan sebgai seorang pelajar untuk berniaga dalam kalangan pelajar-pelajar politeknik yang lain dan menjual produk yang mendapat sambutan dalam kalangan mereka. Adakalanya, beliau berkongsi perniagaan bersama rakan-rakan sebilik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Najiah Najaa dalam aktiviti dan program PI, beliau hanya aktif mempromosi dan menjual produk secara offline. Najiah Najaa kurang mahir dan tidak terdedah untuk menggunakan internet dalam memasarkn produk-produk beliau. Najiah Najaa juga tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai ruang untuk mempromosi produk buatannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melalui pembelajaran komputer dan internet di PI, Najiah Najaa terdedah dan  dapat mengenal banyak kepentingan dan kelebihan teknologi komputer dan internet dalam kehidupan harian pada masa kini. Beliau kini mempunyai akaun Facebook khas untuk perniagaan beliau. Najiah Najaa sudah mampu memasarkan produk beliau melalui media sosial iaitu Facebook. Dengan menggunakan medium secara atas talian seperti Facebook, pasaran perniagaan beliau lebih luas dan dapat mencapai lebih ramai pelanggan yang berpotensi.