NAMA : ROZI A/P JAIS

UMUR : 28 TAHUN

AHLI : 2014

 

 

Latar belakang

Puan Rozi A/P Jais, 28 tahun merupakan suri rumah sepenuh masa. Untuk membantu suami dalam menambahkan pendapatan keluarga, beliau menjual kraftangan anyaman secara kecil-kecilan. Walaupun untung dari perniagaannya masih tidak banyak, beliau gembira kerana dapat menambah pendapatan keluarga. Suami Puan Rozi pula merupakan seorang nelayan dan pengukir patung kayu. Kraftangan anyaman dan ukiran kayu yang mereka hasilkan biasanya dijual di Pusat Kraf Kampung Orang Asli Sungai Bumbun. Pusat kraf tersebut adalah pusat untuk mengumpul hasil kraftangan komuniti di sekitar Pulau Carey.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Sg Judah, Puan Horaini tidak terdedah dengan teknologi komputer dan internet. Beliau tiada pengetahuan untuk menggunakan kemudahan teknologi kini dalam kehidupan harian. Contohnya seperti laman sosial Facebook. Sebelum Puan Rozi mempunyai akaun Facebook sendiri, beliau hanya menggunakan telefon sebagai medium utama untuk berkomunikasi dengan kenalannya. Beliau juga tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai ruang untuk mempromosi produk buatannya.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri program-program yang dianjurkan di PI Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Puan Rozi dapat mengenal banyak kepentingan dan kelebihan teknologi komputer dan internet dalam kehidupan harian. Beliau kini mempunyai akaun Facebook sendiri. Beliau juga berjaya menggunakan akaun Facebook tersebut sebagai medium utama untuk memperkenalkan perniagaan beliau dan suami kepada orang luar. Aplikasi Facebook ini dapat memberi impak positif kepada perniagaan beliau kerana boleh meluaskan pasaran perniagaannya tanpa menggunakan modal yang banyak. Selain itu, Puan Rozi juga banyak mencari idea-idea baru melalui enjin carian google dan youtube untuk menambah baik produk-produknya di masa akan datang.