NAMA : NURUL ATIQAH AFILLAH UMUR : 18 TAHUN AHLI : 2013 |
Latar belakang
Nurul Atiqah Syafillah kini merupakan pelajar di Kolej Universiti Agrosains Malaysia setelah tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2018. Beliau adalah ahli terawal yang berdaftar di PI Sungai Judah. Nurul Atiqah juga merupakan ahli yang sangat aktif dan sering menjadi sukarelawan untuk program-program anjuran PI Sungai Judah. Beliau sering berkunjung ke PI untuk menyiapkan kerja sekolah dan membuat perbincangan bersama rakan-rakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan diri di PI Sg Judah, Nurul Atiqah hanya mempunyai asas-asas dalam pengetahuan ICT. Sebagai contoh, walaupun beliau mengenali Micosoft Word tetapi beliau tidak mengetahui penggunaan komponen-komponen Microsoft Word yang ada untuk menyiapkan kerja kurus dengan format yang betul. Nurul Atiqah masih lemah dalam pengetahuan ICT disebabkan kurangnya pendedahan dan kekangan kemudahan ICT di rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah penglibatan Nurul Atiqah dalam aktiviti-aktiviti anjuran PI Sungai Judah, beliau telah mahir mengenai asas komputer dan asas internet yang dipelajari. Beliau sering mengahabiskan masa di PI Sg Judah selepas tamat waktu persekolahan untuk menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan. Walaupun pada mulanya, beliau mempunyai pengetahuan yang kurang tentang komputer dan internet, kerana minat dan mempunyai keinginan untuk belajar beliau kini sudah mahir dalam asas komputer dan internet. Penglibatan Nurul Atiqah dalam aktiviti-aktiviti di PI Sg Judah menambah lagi minatnya terhadap ICT di samping boleh terus meningkatkan kemahiran ICT beliau.