NAMA : ZAINORDIAH BINTI DAIMAN

UMUR : 27 TAHUN

AHLI : 2013

 

 

Latar belakang

Puan Zainordiah seorang suri rumah yang berumur 27 tahun. Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai operator kilang di kawasan berhampiran. Namun begitu, disebabkan komitmen kepada keluarga dan 4 orang anaknya, Puan Zainordiah mengambil keputusan untuk berhenti kerja.  Sebagai seorang suri rumah yang mempunyai banyak waktu di rumah, Puan Zainordiah mula melibatkan diri dengan hobi membuat kraftangan menggunakan bahan-bahan kitar semula dan cengkerang serta ranting-ranting yang dikutip dipersisir pantai. Kawan-kawan beliau turut serta membuat kraftangan daripada bahan-bahan terbuang. Mereka sering berkumpul bagi berkongsi idea dan hasil kraftangan buatan mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Puan Zainordiah dalam aktiviti atau program anjuran PI Sg Judah, beliau lebih terdedah dengan ilmu ICT yang diperolehi melalui penggunaan telefon mudah alih. Tambahan pula, beliau hanya menggunakan internet di telefon mudah alih dan penggunaan internet terhad untuk digunakan di media sosial sahaja sebagai medium komunikasi bersama keluarga dan rakan-rakan. Beliau tidak terdedah dan mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mempromosi produk jualannya.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dalam aktiviti dan program yang dianjurkan di PI Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Puan Zainordiah semakin mahir menggunakan komputer dan internet untuk kegunaan selain daripada berkomunikasi. Sebagai contoh beliau berjaya mencari idea-idea baru untuk menghasilkan kraftangan melalui carian di enjin carian Google. Puan Zainordiah juga telah diperkenalkan dengan pemasaran secara dalam talian. Pemasaran secara dalam talian yang menggunakan modal yang sangat minima banyak membantu beliau untuk mengetengahkan hasil produk kraftangannya kepada komuniti dalam dan luar Kampung Sungai Judah. Kaedah ini sangat efektif kepada perniagaan beliau kerana penggunaan media sosial mampu mencapai lebih ramai kumpulan pelanggan sasaran.