NAMA : MAISITA UDANG

UMUR : 41 TAHUN

AHLI : 2014

 

 

Latar belakang

Puan Maisita Udang merupakan seorang guru dan kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Judah. Walaupun mempunyai pekerjaan tetap di sektor kerajaan, Puan Maisita masih menjalankan perniagaan kecil-kecilan kerana minat dan ingin membantu penduduk sekitar Pulau Carey untuk memasarkan hasil produk anyaman mereka. Ramai yang mengenali dan menyenangi Puan Maisita sebagai guru. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan inspirasi kepada penduduk sekitar untuk meneruskan penghasilan produk-produk anyaman yang juga menjadi sumber pendapatan sampingan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Puan Maisita dalam program-program anjuran PI Sg Judah, beliau tidak mahir dan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer dan internet. Kekangan kemudahan ICT di kawasan beliau merupakan faktor utama beliau tidak terdedah dengan dunia teknologi kini. Kawasan tempat tinggal Puan Maisita terletak agak jauh dari pekan. Teknologi telefon dan internet yang semakin canggih hanya digunakan untuk berkomunikasi sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dalam program-program yang dianjurkan di PI Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Puan Maisita dapat mengenal banyak kepentingan dan kelebihan teknologi komputer dan internet dalam kehidupan harian terutamanya untuk perniagaan. Beliau banyak belajar berkenaan asas komputer dan internet serta secara tidak langsung menambah lagi minat beliau untuk belajar ICT. Beliau berjaya menggunakan akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sebagai medium utama untuk memperkenalkan produk jualan beliau kepada orang luar. Kaedah ini sangat efektif kepada perniagaan beliau kerana boleh meluaskan pasaran perniagaannya tanpa menggunakan modal yang banyak.