NAMA : SABARIA ANAK SELAMAT

UMUR : 13 TAHUN

AHLI : 2017

 

 

Latar belakang

Sabaria Anak Selamat merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey dan kini merupakan pelajar tingkatan 1 di sekolah berkenaan. Beliau mengenali PI Sg Judah semenjak mengikut rakannya yang juga ahli PI Sungai Judah untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan internet. Berikutan faktor jarak rumah yang terletak berhampiran dari PI, Sabaria sering berkunjung ke PI bersama-sama rakan-rakan beliau selepas waktu persekolahan. Ibu bapanya juga tidak menghalang beliau meluangkan masa di PI Sg Judah kerana banyak aktivti yang boleh dilakukan di PI untuk mengisi masa lapang mereka.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan diri di PI Sg Judah, Sabaria tidak begitu mengenali teknologi komputer dan internet berikutan tiada kemudahan teknologi komputer dan internet terkini di rumah beliau. Pengetahuan dalam asas ICT masih lemah walaupun beliau meminati bidang ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sabaria banyak belajar mengenai asas komputer dan asas internet di PI Sg Judah walaupun di usia muda beliau. Penglibatan Sabaria dalam kelas e-pembelajaran di PI Sg Judah menambah lagi minatnya terhadap ICT di samping boleh terus meningkatkan kemahiran ICT beliau. Sabaria sering mengahabiskan masa di PI Sg Judah selepas tamat waktu persekolahan untuk menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan. Walaupun pada mulanya, beliau tiada pengetahuan tentang komputer dan internet, kerana minat dan mempunyai keinginan untuk belajar beliau kini sudah mahir dalam asas komputer dan internet.