NAMA : SAIFUL NARULLAH BIN SAIPOL NORULASWAT

UMUR : 17 TAHUN

AHLI : 2019

 

 

 

Latar belakang

Saiful Narullah Bin Saipol Norulaswat merupakan pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey yang tinggal di Kampung Melayu, Pulau Carey. Saiful sering berkunjung ke PI Sungai Judah bersama rakan-rakannya untuk menyiapkan tugasan sekolah dan mengulang kaji pelajaran  menggunakan kemudahan komputer dan internet yang terdapat di PEDi Sungai Judah. Beliau juga merupakan salah seorang ahli PEDi Sg Judah yang aktif terlibat dengan aktiviti-aktiviti anjuran PEDi Sg Judah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan diri di PEDi Sg Judah, Saiful tidak begitu mahir dengan teknologi ICT dan hanya menggunakan kemudahan gadjet dan internet asas di rumah. Beliau juga tidak begitu mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office untuk meyiapkan tugasan sekolah. Kebanyakkan kerja sekolah memerlukan beliau menaip dan mencari bahan rujukan. Penggunaan telefon bimbit adalah terhad dan tidak kondusif untuk melakukan tugasan yang perlu disiapkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Minat dan usaha Saiful medorong beliau untuk banyak belajar mengenai asas komputer dan asas internet di PEDi Sg Judah. Selpas waktu persekolahan, beliau akan berkunjung ke PEDi Sg Judah untuk menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan. Walaupun pada mulanya, beliau tiada pengetahuan yang dalam tentang komputer dan internet, kerana mempunyai keinginan untuk belajar beliau kini sudah mahir dalam asas komputer dan internet khususnya penggunaan enjin carian google dan Microsoft Office. Kelas e-pembelajaran bukan sahaja meningkatkan kemahiran ICT Saiful, malahan dapat membantu pembelajaran beliau di luar waktu persekolahan.