Tarikh        : 06 Januari 2023
Masa         : 10.00AM ~ 12.00PM
Lokasi       : Pusat Ekonomi Digital Sungai Judah
Peserta     : 2 orang

 

WhatsApp Image 2023 01 09 at 3.12.57 PM

 

Tujuan

Kelas keusahawanan ini disertai oleh dua orang peserta dari Telok Panglima Garang. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta mendaftar akaun Shopee Seller dan seterusnya memasarkan produk jualan mereka secara dalam talian melalui medium Shopee.

 

Aktiviti

Peserta-peserta dibimbing untuk membuat pendaftaran di Shopee Seller dan mengemaskini info-info yang diperlukan untuk pendaftaran tersebut. Mereka juga telah mempelajari cara-cara untuk memuatnaik produk jualan mereka di aplikasi Shopee. Peggunaan aplikasi Shopee Center di telefon mudah alih juga telah diajar kepada peserta-peserta.

 

 

Tarikh        :25 November 2022
Masa         : 2.00 Pm ~ 3.00 Pm
Lokasi       : Pusat Ekonomi Keluarga Digital Sungai Judah
Peserta     : 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh seorang komuniti dari Kampung Orang Asli Sungai Judah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi I-Akaun dan mempraktikkan aplikasi tersebut untuk membuat urusan KWSP secara dalam talian.

 

Aktiviti

  1. Peserta diperkenalkan dengan aplikasi I-Akaun KWSP. Beliau dibantu untuk memuat turun aplikasi tersebut melalui Google Play Store di telefon bimbit. Peserta kemudian dibimbing untuk mendaftar akaun bagi membolehkan beliau membuat urusan KWSP secar dalam talian terutamanya menyemak penyata caruman KWSP.

 

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :18 September 2022
Masa         : 2.00 Pm ~ 5.00 Pm
Lokasi       : Pusat Ekonomi Keluarga Digital Sungai Judah
Peserta     : 12 orang

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh 12 orang wanita dari Kampung Sungai Judah dan Kawasan sekitarnya. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta mempelajari ilmu keusahawanan yang baru dan mendorong mereka untuk menceburi bidang ini.

 

Aktiviti

  1. Peserta-peserta diberi penerangan berkenaan program keusahawanan bersama Mary Kay. Mereka juga mempelajari ilmu serta pengetahuan berkenaan kecantikan dalam keusahawanan. Sesi praktikal menata rias bersama pengajar juga telah dijalankan.

 

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :28 Oktober 2022
Masa         : 10.00 Am ~ 12.00 Pm
Lokasi       : Pusat Ekonomi Keluarga Digital Sungai Judah
Peserta     : 7 orang

 

 

 

 

Tujuan

Kuiz ini disertai oleh 7 orang pelajar dari Kampung Sungai Judah dan kawasan sekitarnya. Kuiz ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap pemahaman peserta-peserta berkenaan topik Klik Dengan Bijak dan bersama-sama menambah lagi pengetahuan melalui perbincangan dalam kalangan mereka.

 

Aktiviti

  1. Peserta-peserta diberi taklimat berkenaan kesan teknologi/gadjet dalam kehidupan seharian. Kemudian mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan kuiz Klik Dengan Bijak yang telah disediakan di aplikasi Kahoot. Sesi soal jawab dan perbincangan turut dilakukan setelah menjawab kuiz tersebut.

 

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :26 Julai 2022
Masa         : 2.00 Pm ~ 4.00 Pm
Lokasi       : Pusat Ekonomi Keluarga Digital Sungai Judah
Peserta     : 18 orang

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh 18 orang komuniti belia dan dewasa yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kelas Dewasa Orang Asli (KEDAP) SK Sungai Judah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan hasil seni terrarium sebagai salah satu kemahiran keusahawanan yang boleh dijadikan pendapatan tambahan kepada peserta-peserta.

 

Aktiviti

  1. Peserta diperkenalkan dengan hasil seni terrarium yang boleh dihasilkan dari bahan-bahan sumber semulajadi. Demo menghasilkan hasil seni terrarium di dalam botol telah diadakan dan peserta-peserta mempraktikkan pengetahuan dan ilmu yang diajar untuk menghasilkan hasil seni terrarium yang menarik.

 

 

Gambar Disini