Tarikh :11 MEI 2021 Masa : 2.00 Pm ~ 5.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Judah Peserta : 4 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 4 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta menghasilkan video pendek yang mengandungi ucapan-ucapan pelajar sempena Hari Guru 2021.
Aktiviti
-
Peserta –peserta diperkenalkan dengan aplikasi untuk menyunting video melalui telefon mudah alih. Mereka juga dibimbing oleh petugas untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi menghasilkan video pendek yang interaktif.
Tarikh :4 MEI 2021 Masa : 10.00 Am ~ 12.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Judah Peserta : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 2 orang belia dari Kampung Orang Asli Sungai Judah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta menghasilkan resume profesional dengan format yang terkini.
Aktiviti
-
Peserta –peserta didedahkan dengan format terkini resume untuk memohon pekerjaan di sektor swasta mahupun kerajaan. Setelah itu, mereka dibimbing untuk menghasilkan resume menggunakan Microsoft Word berpandukan contoh template yang diberikan.
Tarikh :10 APRIL 2021 Masa : 10.00 Am ~ 12.00 Am Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 5 orang |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh lima orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Judah. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman dan prestasi pembelajaran mereka melalui permainan pendidikan yang interaktif.
Aktiviti
-
Peserta-peserta diperkenalkan dengan permainan pendidikan di aplikasi Abcya. Peserta-peserta juga dibimbing oleh petugas pusat internet komuniti untuk bermain pelbagai permainan pendidikan yang sesuai mengikut kategori umur mereka.
Tarikh :15 APRIL 2021 Masa : 2.00 Pm ~ 5.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 3 orang |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh tiga orang pelajar dari Kampung Sungai Judah. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu peserta menghasilkan surat rasmi tidak hadir ke sekolah untuk dihantar ke pihak sekolah.
Aktiviti
-
Peserta-peserta diperkenalkan dengan format penulisan surat rasmi. Mereka diberikan masa untuk mencari contoh-contoh penulisan surat rasmi melalui enjin carian Google. Peserta-peserta juga dibimbing untuk menghasilkan surat rasmi menggunakan aplikasi Microsoft Word.
Tarikh :8 APRIL 2021 Masa : 10.00 Am ~ 11.00 Am Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 1 orang |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh seorang wanita dari Kampung Sungai Judah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu peserta membuat permohonan bantuan Geran Khas Perihatin (GKP) 3.0 yang ditawarkan untuk peniaga mikro di Malaysia.
Aktiviti
-
Peserta diperkenalkan dengan Program GKP 3.0 yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu peniaga mikro mengurangkan beban kewangan mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Peserta dibimbing oleh petugas pusat internet untuk membuat permohonan program tersebut.