Tarikh :3 Januari 2022 Masa : 9.00 Am ~ 11.00 Am Lokasi : Pusat Ekonomi Keluarga Digital Sungai Judah Peserta : 4 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh kanak-kanak dari sekitar Kampung Orang Asli Sungai Judah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta-peserta tentang asas komponen dan fungsi komputer. Mereka juga dibimbing untuk menaip perkataan ringkas.
Aktiviti
-
Peserta-peserta diperkenalkan dengan komponen dan fungsi asas komputer melalui penerangan dan aplikasi penggunaan oleh petugas. Mereka juga melakukan aktiviti menaip ringkas melalui aplikasi Rapid Typing.
Tarikh :13 November 2021 Masa : 9.00 Am ~ 10.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Judah Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh seorang belia dari kawasan Pulau Carey. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta mendapatkan sijil digital vaksinasi Covid 19 dengan cara mengemaskini maklumat di aplikasi My Sejahtera.
Aktiviti
-
Peserta diperkenalkan dengan aplikasi My Sejahtera dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Peserta juga dibantu untuk mengemaskini maklumat yang diperlukan untuk memohon sijil digital vaksinasi Covid 19.
Tarikh :15 Oktober 2021 Masa : 10.00 Am ~ 12.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Judah Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh seorang belia dari Pulau Carey. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi MYeG dan membantu peserta memperbaharui insuran kenderaan menggunakan aplikasi tersebut.
Aktiviti
-
Peserta diperkenalkan dengan aplikasi MYeG dan beliau juga diberi penerangan serta dibimbing oleh petugas untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi membuat pembaharuan insuran kenderaan secara atas talian.
Tarikh :30 Oktober 2021 Masa : 9.00 Am ~ 12.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Judah Peserta : 60 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh belia-belia dari sekitar kawasan Kuala Langat. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang fotografi smartphone.
Aktiviti
-
Peserta diperkenalkan dengan kemahiran dan ilmu fotografi smartphone. Mereka dibimbing untuk menghasilkan gambar yang cantik hasil daripada pembelajaran teori oleh tenaga pengajar. Mereka juga diberi peluang untuk bersoal jawab dengan tenaga pengajar.
Tarikh :30 September 2021 Masa : 2.00 Pm ~ 4.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sungai Judah Peserta : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 2 orang belia Kampung Orang Asli Sungai Judah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta menggunakan aplikasi shopee pay untuk membuat bayaran pembelian di Shopee. Pembayaran menggunakan shopee pay lebih memudahkan dan menjimatkan masa mereka.
Aktiviti
-
Peserta –peserta diperkenalkan dengan aplikasi shopee pay yang terdapat di Shopee. Mereka juga diberi penerangan dan dibimbing oleh petugas untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi membuat bayaran untuk pembelian di Shopee.