Tarikh : 28-29 December 2017 |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta ahli dan penduduk setempat. Bengkel anjuran Universiti Sains Malaysia bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi digital dalam kalangan remaja.
Aktiviti
Para peserta dapat meningkatkan kemahiran literasi digital. Mereka juga dapat meningkatkan pengetahuan berkenaan dunia digital di zaman kini. selain itu, para Peserta mendapat kesedaran tentang keselamatan dalam dunia digital.
Tarikh : 13 December 2017 |
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh 9 orang peserta ahli dan penduduk setempat. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan peserta.Peserta juga dapat menggunakan agrobazar online untuk menjual produk mereka.
Aktiviti
Para peserta di perkenalkan tentang agrobazar online. para peserta juga Mempraktikkan penggunaan agrobazar online.
Tarikh : 16 november 2017 |
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh 8 orang peserta ahli dan penduduk setempat. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk Menggunakan aplikasi MyShop dalam Dashboard Komuniti untuk membeli dan menjual produk
Aktiviti
Para peserta memperkenal platform jual beli yang baru kepada ahli Pi1m. Mereka juga dapat melihat kepelbagaian produk yang terdapat di sekitar Pi1m seluruh Malaysia.
Tarikh : 18 november 2017 |
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh penduduk kampung sungai kelambu. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk Memperkenal dan mempromosi lagi Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti tempatan.
Aktiviti
Para peserta dapat mengetahui lebih lanjut berkenaan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet 1Malaysia. mereka juga diberi penerangan tentang Pusat Internet 1Malaysia serta melakukan aktiviti menjawab kuiz Klik Dengan Bijak.
Tarikh : 10 november 2017 |
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh 4 orang peserta ahli dan penduduk setempat. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk Mempromosi perkhidmatan ujian saringan kesihatan di PI1M Sg Judah.
Aktiviti
Para peserta dapat diperkenalkan dengan perkhidmatan baru di Pi1M. Peserta juga dapat mengenali KOSPEN serta membuat ujian saringan kesihatan secara percuma di Pi1m.