Tarikh : 30 NOVEMBER 2018 |
Tujuan
Kelas keusahawanan ini telah disertai oleh 6 orang peserta wanita dari Kampung Sungai Judah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempelajari kemahiran menghasilkan gambar-gambar produk yang menarik bagi tujuan promosi.
Aktiviti
Peserta-peserta diberi penerangan tentang ciri-ciri gambar produk yang menarik dan cara-cara untuk mengambil gambar dengan teknik yang betul. Mereka juga turut mempraktikkan apa yang dipelajari dengan bantuan petugas pusat internet.
Tarikh : 16 NOVEMBER 2018 |
Tujuan
Kuiz Klik Dengan Bijak ini disertai oleh 10 orang kanak-kanak dari Kampung Sungai Judah. Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk menguji kefahaman peserta-peserta berkenaan penggunaan internet secara bijak dan selamat.
Aktiviti
Peserta-peserta menonton video Klik Dengan Bijak dan diberi penerangan berkenaan video yang ditonton. Kemudian mereka menjawab soalan-soalan kuiz Klik Dengan Bijak di aplikasi Kahoot.
Tarikh : 24 OKTOBER 2018 |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini dianjurkan untuk membantu peserta-peserta merangsang kreativiti masing-masing melalui aktiviti mewarna secara dalam talian.
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi permainan dalam talian. Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti mewarna secara dalam talian.
Tarikh : 08 NOVEMBER 2018 |
Tujuan
Bengkel ini dihadiri oleh 12 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A). Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk membantu pelajar-pelajar dalam mengenal dan mendalami teknologi ICT. Program ini juga dapat menggalakkan pelajar-pelajar untuk menerapkan nilai–nilai murni semasa menggunakan teknologi komputer dan internet.
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan teknologi computer dan internet. Selain itu, mereka juga dibimbing untuk menggunakan komputer dan internet dalam penghasilan surat tidak rasmi.
Tarikh : 19 OKTOBER 2018 |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar warga emas. Kelas ini dianjurkan untuk membantu peserta lebih mengenali aplikasi MC Word dan menjalani latihan menaip untuk memperkukuhkan pemahaman terhadap aplikasi ini.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan MC Word dan fungsinya. Peserta juga turut dibimbing dalam menjalani latihan menaip menggunakan MC Word.