Tarikh : 13 OKTOBER 2018 |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah menengah. Kelas ini dianjurkan untuk membantu peserta lebih mengenali aplikasi emel sebagai medium komunikasi dan mendedahkan mereka tentang kelebihan penggunaan emel.
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan emel dan fungsinya. Mereka juga turut dibimbing untuk menggunakan emel untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Tarikh : 22 SEPTEMBER 2018 |
Tujuan
Hari Bersama Komuniti dianjurkan untuk merapatkan lagi hubungan Pusat Internet Sg Judah dengan komuniti setempat. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memperkenal dan mempromosi kemudahan dan servis yang ditawarkan oleh Pusat Internet Sg Judah.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang dianjurkan untuk pengunjung Hari Bersama Komuniti. Antaranya terdapat aktiviti sukaneka dan pertandingan karaoke. Selain itu, terdapat juga bengkel keusahawanan, bengkel ICT dan kuiz-kuiz yang berkaitan diadakan pada hari tersebut.
Tarikh : 19 OGOS 2018 |
Tujuan
Kuiz ini disertai oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Kuiz ini bertujuan untuk mempromosi dan membantu komuniti lebih memahami aplikasi Dashboard Komuniti.
Aktiviti
-
Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti sebagai medium untuk mereka memahami lebih dalam lagi berkenaan Pusat Internet dan perkhidmatan yang disediakan. Mereka juga turut dibimbing untuk menggunakan aplikasi tersebut dan menjawab kuiz yang disediakan.
-
- Gambar Disini
Tarikh : 3 SEPTEMBER 2018 |
Tujuan
Kelas E-Pembelajaran ini disertai oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini dianjurkan untuk membantu peserta-peserta mengenal huruf dan susunannya.
Aktiviti
-
Peserta-peserta diperkenalkan dengan huruf-huruf dan kedudukannya. Mereka juga menggunakan aplikasi permainan secara atas talian untuk latihan mengenal huruf.
-
Tarikh : 9 OGOS 2018 |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 21 orang peserta program Kelas Dewasa Asli Pribumi (KEDAP). Program ini dianjurkan untuk membantu komuniti dalam merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dengan luar bandar dan dapat membantu pelajar dalam menerapkan nilai–nilai murni semasa menggunakan teknologi dan internet.
Aktiviti
-
Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Rapid Typing sebagai medium untuk latihan menaip. Mereka juga turut dibimbing untuk menggunakan aplikasi tersebut.
-
- Gambar Disini