NAMA : NOORANI SAKILLA BINTI ABU

UMUR : 24 TAHUN

AHLI : 2018

 

Latar belakang

Noorani Sakilla Binti Abu, berumur 24 tahun merupakan suri rumah yang baru sahaja berpindah ke Kampung Sungai Judah kerana mengikut suami bertugas di kawasan sekitar. Beliau merupakan ahli baru di PI Sg Judah. Rakan Noorani telah mencadangkan untuk datang ke PI Sg Judah untuk belajar ICT bagi mengisi masa lapang. Selain itu, beliau juga berhasrat untuk mencari pekerjaan bagi membantu meringankan beban suami. Suami beliau sangat menyokong pembelajaran ICT di Pi Sg Judah dan sering meneman Noorani untuk belajar di pi ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan diri di PI Sg Judah, Noorani hanya mempunyai pengetahuan asas berkenaan ICT. Walaupun beliau sudah terdedah berkenaan teknologi dalam telefon bimbit tetapi pengetahuannya tidak sama seperti apabila beliau menggunakan komputer. Beliau masih lemah dalam penggunaan teknologi internet dalam kehidupan seharian terutamanya untuk mencari pekerjaan secara dalam talian. Noorani tidak mengetahui platform yang betul untuk memohon pekerjaan secara dalam talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PI Sg Judah, Noorani menjadi lebih mahir dan tidak lagi janggal dalam penggunaan komputer dan internet. Beliau telah dibimbing untuk membuat resume dan menghantar permohonan pekerjaan melalui emel. Penggunaan emel untuk menghantar permohonan pekerjaan menjimatkan masa dan tenaga beliau selain ianya merupakan medium yang lebih efektif untuk berhubung dengan majikan di luar sana.  Selain itu, latihan menaip yang berterusan membolehkan Noorani menaip dengan lebih pantas dan kurang melakukan kesalahan dalam penulisan.

 

 

 

 

NAMA : NORFAZIRAH BINTI SALIM

UMUR : 32 TAHUN

AHLI : 2017

 

Latar belakang

Puan Nurfazirah Binti Salim merupakan seorang kerani dan juga menjawat jawatan setiausaha dalam JKKKOA Kampung Kepau Laut. Beliau telah menjadi ahli PI sejak tahun awal tahun 2017. Sepanjang menjadi ahli PI Sg Judah, Puan Fazirah sering menggunakan perkhidmatan di PI seperti kemudahan computer dan internet, fotostat dan mesin cetakan untuk menyelesaikan tugasan yang sepatutnya. Beliau juga telah banyak melibatkan diri dengan aktiviti dan latihan ICT yang dianjurkan oleh pihak PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Fazirah diperkenalkan dengan PI melalui Pengerusi JKKKOA Sungai Judah, En Bidin. Sebelum ini, beliau tidak mengambil berat berkenaan pengetahuan dan kemahiran ICT. Jadi, beliau jarang datang ke PI dan menglibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PI. Beliau tidak begitu mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Keadaan ini menyebabkan beliau sukar untuk menyiapkan tugasan beliau sebagai setiausaha. Selain itu, beliau juga perlu ke pekan yang terletak agak jauh dari kawasan rumah beliau untuk mendapatkan servis cetakan dan fotostat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan di PI Sg Judah, Puan Fazirah semakin yakin dan mahir untuk menggunakan komputer dan akses kepada internet. Beliau kerap menggunakan kemudahan yang ada di sini untuk pelbagai tujuan. Antaranya menggunakan perkhidmatan komputer dan fotostat untuk menghasilkan surat-surat rasmi dan jemputan. Dengan pembelajaran yang berterusan di PI dan bantuan petugas-petugas PI, kini Puan Fazirah boleh mengenal dan menggunakan komputer serta internet untuk memudahkan urusan harian beliau dan melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai setiauasaha dengan baik.

 

 

NAMA : NADIANA FITRI BINTI ROSLI

UMUR : 18 TAHUN

AHLI : 2015

 

Latar belakang

Nadiana Fitri merupakan seorang bekas pelajar SMK Pulau Carey. Beliau baru sahaja menamatkan peperiksaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2015 dan sedang menunggu keputusan SPM.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nadiana Fitri tidak terdedah dengan penggunaan multimedia dan tidak mahir dalam penggunaan komputer serta internet. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

PI Sg Judah merupakan tempat Nadiana membuat tugasan yang diberikan oleh gurunya ketika menjadi pelajar sekolah. Beliau banyak menghabiskan masa di sini kerana suasana di PI cukup kondusif dan membolehkannya untuk berjumpa serta berbincang dengan rakan-rakan sekolah untuk menyiapkan tugasan yang ada. Terdapat sebahagian tugasan yang diberikan memerlukan Nadiana mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan. Jesteru, kemudahan internet di PI Sg Judah dimanfaatkan oleh beliau tanpa perlu ke bandar untuk pergi ke cyber café yang ada.

Selain perkhidmatan internet dan komputer, perkhidmatan mesin fotostat dan printer juga memudahkan proses pembelajaran. Setiap kali ada tugasan yang perlu dihantar dalam bentuk cetakan, PI merupakan tempat yang paling hampir menawarkan perkhidmatan cetakan.

 

NAMA : MUHAMMAD ZAKI BIN ABDULLAH

UMUR : 25 TAHUN

AHLI : 2013

 

Latar belakang

En Zaki merupakan penduduk asal Kg Orang Asli Sg Judah. Beliau juga berkerja di kampung halaman beliau sebagai seorang pengawal keselamatan sekolah. Beliau telah menjadi ahli PI sejak 3 tahun yang lepas, iaitu semasa awal pembukaan PI Sg Judah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI di Kg Sg Judah, En Zaki tidak terdedah dengan teknologi ICT. Beliau tidak mempunyai pengetahuan dalam penggunaan komputer dan internet. Ini merupakan satu kerugian terhadap beliau kerana telah jauh ketinggalan dengan komuniti luar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

En Zaki merupakan ahli aktif yang sering berkunjung ke PI Sg Judah. Beliau kerap menggunakan kemudahan yang ada di sini untuk pelbagai tujuan. Antaranya menggunakan perkhidmatan computer, Photostat, dan juga membuat pembayaran bil. Selain itu, di PI juga En Zaki telah mengikuti latihan dan kelas yang dianjurkan oleh PI. Dengan pembelajaran yang berterusan di PI, sekarang En Zaki boleh mengenal dan menggunakan computer serta bersosial melalui akaun Facebooknya sendiri.