NAMA : MUHAMMAD SANI BIN ABDULLAH UMUR : 32 TAHUN AHLI : 2013 |
Latar belakang
Encik Sani Bin Abdullah merupakan penduduk Kampung Sungai Judah yang berumur 32 tahun. Beliau bekerja sebagai polis bantuan di Sime Darby, Pulau Carey. Encik Sani telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Encik Sani melibatkan diri sebagai dropship untuk mencari pendapatan tambahan bagi menampung kos keperluan hidup yang semakin tinggi di zaman kini. Walaupun sebelum ini beliau tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, namun beliau positif untuk terus menjana pendapatan sampingan melalui perniagaan dropship.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan Encik Sani dalam aktiviti atau program anjuran PEDi Sg Judah, pengetahuan ICT beliau hanya diperingkat asas. Beliau tidak begitu mahir menggunakan Internet dan komputer. Tambahan pula, beliau hanya menggunakan internet di telefon mudah alih dan penggunaan internet terhad untuk digunakan di media sosial sahaja sebagai medium komunikasi bersama keluarga dan rakan-rakan. Beliau tidak terdedah dan mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mempromosi produk jualannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penglibatan dalam aktiviti dan program yang dianjurkan di PEDi Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Encik Sani semakin yakin dan mahir menggunakan komputer dan internet untuk kegunaan selain daripada berkomunikasi. Sebagai contoh beliau berjaya memasarkan produk jualannya, kambing perap melalui media sosial terutamanya di aplikasi Whatsapp Web. Encik Sani juga telah diajar untuk menarik perhatian bakal pelanggan beliau melalui teknik pemasaran yang menarik. Beliau juga dibimbing dan telah mengikuti kelas kemahiran insaniah/soft skill untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan berhadapan dengan pelanggan.
NAMA : SAIFUL NARULLAH BIN SAIPOL NORULASWAT UMUR : 17 TAHUN AHLI : 2019 |
Latar belakang
Saiful Narullah Bin Saipol Norulaswat merupakan pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey yang tinggal di Kampung Melayu, Pulau Carey. Saiful sering berkunjung ke PI Sungai Judah bersama rakan-rakannya untuk menyiapkan tugasan sekolah dan mengulang kaji pelajaran menggunakan kemudahan komputer dan internet yang terdapat di PEDi Sungai Judah. Beliau juga merupakan salah seorang ahli PEDi Sg Judah yang aktif terlibat dengan aktiviti-aktiviti anjuran PEDi Sg Judah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan diri di PEDi Sg Judah, Saiful tidak begitu mahir dengan teknologi ICT dan hanya menggunakan kemudahan gadjet dan internet asas di rumah. Beliau juga tidak begitu mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office untuk meyiapkan tugasan sekolah. Kebanyakkan kerja sekolah memerlukan beliau menaip dan mencari bahan rujukan. Penggunaan telefon bimbit adalah terhad dan tidak kondusif untuk melakukan tugasan yang perlu disiapkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Minat dan usaha Saiful medorong beliau untuk banyak belajar mengenai asas komputer dan asas internet di PEDi Sg Judah. Selpas waktu persekolahan, beliau akan berkunjung ke PEDi Sg Judah untuk menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan. Walaupun pada mulanya, beliau tiada pengetahuan yang dalam tentang komputer dan internet, kerana mempunyai keinginan untuk belajar beliau kini sudah mahir dalam asas komputer dan internet khususnya penggunaan enjin carian google dan Microsoft Office. Kelas e-pembelajaran bukan sahaja meningkatkan kemahiran ICT Saiful, malahan dapat membantu pembelajaran beliau di luar waktu persekolahan.
NAMA : SABARIA ANAK SELAMAT UMUR : 13 TAHUN AHLI : 2017 |
Latar belakang
Sabaria Anak Selamat merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey dan kini merupakan pelajar tingkatan 1 di sekolah berkenaan. Beliau mengenali PI Sg Judah semenjak mengikut rakannya yang juga ahli PI Sungai Judah untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan internet. Berikutan faktor jarak rumah yang terletak berhampiran dari PI, Sabaria sering berkunjung ke PI bersama-sama rakan-rakan beliau selepas waktu persekolahan. Ibu bapanya juga tidak menghalang beliau meluangkan masa di PI Sg Judah kerana banyak aktivti yang boleh dilakukan di PI untuk mengisi masa lapang mereka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan diri di PI Sg Judah, Sabaria tidak begitu mengenali teknologi komputer dan internet berikutan tiada kemudahan teknologi komputer dan internet terkini di rumah beliau. Pengetahuan dalam asas ICT masih lemah walaupun beliau meminati bidang ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sabaria banyak belajar mengenai asas komputer dan asas internet di PI Sg Judah walaupun di usia muda beliau. Penglibatan Sabaria dalam kelas e-pembelajaran di PI Sg Judah menambah lagi minatnya terhadap ICT di samping boleh terus meningkatkan kemahiran ICT beliau. Sabaria sering mengahabiskan masa di PI Sg Judah selepas tamat waktu persekolahan untuk menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan. Walaupun pada mulanya, beliau tiada pengetahuan tentang komputer dan internet, kerana minat dan mempunyai keinginan untuk belajar beliau kini sudah mahir dalam asas komputer dan internet.
NAMA : NADIA ANAK RAHMAT UMUR : 13 TAHUN AHLI : 2019 |
Latar belakang
Nadia Anak Rahmat adalah ahli Pusat Ekonomi Digital Sungai Judah semenjak tahun 2019 dan beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey. Faktor jarak kediaman rumah Nadia dengan PI yang berhampiran memudahkan beliau untuk lebih kerap datang ke PEDi. Beliau mengenali PEDi Sg Judah semenjak mengikut rakannya yang juga untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan internet. Waktu hujung minggu merupakan waktu yang sering dikgunakan oleh Nadia untuk berkunjung ke PEDiSg Judah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan diri di PEDi Sg Judah, Nadia tidak terdedah dengan teknologi komputer dan internet terkini. Beliau tidak mengenali dan mengetahui fungsi dan kepentingan komputer dan internet berikutan tiada kemudahan yang sepatutnya di rumah beliau. Pengetahuan dalam asas ICT masih lemah walaupun beliau meminati bidang ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Nadia sering berkunjung ke PEDi Sg Judah untuk belajar mengenai asas komputer dan asas internet walaupun. Penglibatan Nadia dalam kelas e-pembelajaran di PEDi Sg Judah menambah lagi minatnya terhadap ICT di samping boleh terus meningkatkan kemahiran ICT beliau. Nadia sering mengahabiskan masa di PEDi Sg Judah selepas tamat waktu persekolahan untuk menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan. Walaupun pada mulanya, beliau tiada pengetahuan tentang komputer dan internet, kerana minat dan mempunyai keinginan untuk belajar beliau kini semakin mendalami asas komputer dan internet.
NAMA : NUR ALYA BATRISYIA BINTI SAFARI UMUR : 10 TAHUN AHLI : 2018 |
Latar belakang
Nur Alya Batrisyia Binti Safari merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey dan kini merupakan pelajar tingkatan 1 di sekolah berkenaan. Beliau sudah mengenali PI Sg Judah sejak di bangku sekolah rendah. Berikutan faktor jarak sekolah rendah yang hampir dari PI, Alya sering berkunjung ke PI bersama-sama rakan-rakan beliau selepas waktu persekolahan. Ibu bapanya juga tidak menghalang beliau meluangkan masa di PI Sg Judah kerana banyak aktivti yang boleh dilakukan di PI untuk mengisi masa lapang mereka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan diri di PI Sg Judah, Alya tidak begitu mengenali teknologi komputer dan internet. Beliau tiada pengetahuan dalam asas ICT disebabkan kurangnya pendedahan dan kekangan kemudahan ICT di rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Alya banyak belajar mengenai asas komputer dan asas internet di PI Sg Judah walaupun di usia muda beliau. . Beliau sering mengahabiskan masa di PI Sg Judah selepas tamat waktu persekolahan untuk menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan. Walaupun pada mulanya, beliau tiada pengetahuan tentang komputer dan internet, kerana minat dan mempunyai keinginan untuk belajar beliau kini sudah mahir dalam asas komputer dan internet. Penglibatan Alya dalam kelas e-pembelajaran di PI Sg Judah menambah lagi minatnya terhadap ICT di samping boleh terus meningkatkan kemahiran ICT.