NAMA : MAISITA UDANG

UMUR : 41 TAHUN

AHLI : 2014

 

 

Latar belakang

Puan Maisita Udang merupakan seorang guru dan kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Judah. Walaupun mempunyai pekerjaan tetap di sektor kerajaan, Puan Maisita masih menjalankan perniagaan kecil-kecilan kerana minat dan ingin membantu penduduk sekitar Pulau Carey untuk memasarkan hasil produk anyaman mereka. Ramai yang mengenali dan menyenangi Puan Maisita sebagai guru. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan inspirasi kepada penduduk sekitar untuk meneruskan penghasilan produk-produk anyaman yang juga menjadi sumber pendapatan sampingan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Puan Maisita dalam program-program anjuran PI Sg Judah, beliau tidak mahir dan tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer dan internet. Kekangan kemudahan ICT di kawasan beliau merupakan faktor utama beliau tidak terdedah dengan dunia teknologi kini. Kawasan tempat tinggal Puan Maisita terletak agak jauh dari pekan. Teknologi telefon dan internet yang semakin canggih hanya digunakan untuk berkomunikasi sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dalam program-program yang dianjurkan di PI Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Puan Maisita dapat mengenal banyak kepentingan dan kelebihan teknologi komputer dan internet dalam kehidupan harian terutamanya untuk perniagaan. Beliau banyak belajar berkenaan asas komputer dan internet serta secara tidak langsung menambah lagi minat beliau untuk belajar ICT. Beliau berjaya menggunakan akaun Facebook dan aplikasi Whatsapp sebagai medium utama untuk memperkenalkan produk jualan beliau kepada orang luar. Kaedah ini sangat efektif kepada perniagaan beliau kerana boleh meluaskan pasaran perniagaannya tanpa menggunakan modal yang banyak.

 

 

 

NAMA : ZAINORDIAH BINTI DAIMAN

UMUR : 27 TAHUN

AHLI : 2013

 

 

Latar belakang

Puan Zainordiah seorang suri rumah yang berumur 27 tahun. Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai operator kilang di kawasan berhampiran. Namun begitu, disebabkan komitmen kepada keluarga dan 4 orang anaknya, Puan Zainordiah mengambil keputusan untuk berhenti kerja.  Sebagai seorang suri rumah yang mempunyai banyak waktu di rumah, Puan Zainordiah mula melibatkan diri dengan hobi membuat kraftangan menggunakan bahan-bahan kitar semula dan cengkerang serta ranting-ranting yang dikutip dipersisir pantai. Kawan-kawan beliau turut serta membuat kraftangan daripada bahan-bahan terbuang. Mereka sering berkumpul bagi berkongsi idea dan hasil kraftangan buatan mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Puan Zainordiah dalam aktiviti atau program anjuran PI Sg Judah, beliau lebih terdedah dengan ilmu ICT yang diperolehi melalui penggunaan telefon mudah alih. Tambahan pula, beliau hanya menggunakan internet di telefon mudah alih dan penggunaan internet terhad untuk digunakan di media sosial sahaja sebagai medium komunikasi bersama keluarga dan rakan-rakan. Beliau tidak terdedah dan mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mempromosi produk jualannya.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dalam aktiviti dan program yang dianjurkan di PI Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Puan Zainordiah semakin mahir menggunakan komputer dan internet untuk kegunaan selain daripada berkomunikasi. Sebagai contoh beliau berjaya mencari idea-idea baru untuk menghasilkan kraftangan melalui carian di enjin carian Google. Puan Zainordiah juga telah diperkenalkan dengan pemasaran secara dalam talian. Pemasaran secara dalam talian yang menggunakan modal yang sangat minima banyak membantu beliau untuk mengetengahkan hasil produk kraftangannya kepada komuniti dalam dan luar Kampung Sungai Judah. Kaedah ini sangat efektif kepada perniagaan beliau kerana penggunaan media sosial mampu mencapai lebih ramai kumpulan pelanggan sasaran.

 

 

 

 

NAMA : ROZI A/P JAIS

UMUR : 28 TAHUN

AHLI : 2014

 

 

Latar belakang

Puan Rozi A/P Jais, 28 tahun merupakan suri rumah sepenuh masa. Untuk membantu suami dalam menambahkan pendapatan keluarga, beliau menjual kraftangan anyaman secara kecil-kecilan. Walaupun untung dari perniagaannya masih tidak banyak, beliau gembira kerana dapat menambah pendapatan keluarga. Suami Puan Rozi pula merupakan seorang nelayan dan pengukir patung kayu. Kraftangan anyaman dan ukiran kayu yang mereka hasilkan biasanya dijual di Pusat Kraf Kampung Orang Asli Sungai Bumbun. Pusat kraf tersebut adalah pusat untuk mengumpul hasil kraftangan komuniti di sekitar Pulau Carey.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Sg Judah, Puan Horaini tidak terdedah dengan teknologi komputer dan internet. Beliau tiada pengetahuan untuk menggunakan kemudahan teknologi kini dalam kehidupan harian. Contohnya seperti laman sosial Facebook. Sebelum Puan Rozi mempunyai akaun Facebook sendiri, beliau hanya menggunakan telefon sebagai medium utama untuk berkomunikasi dengan kenalannya. Beliau juga tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai ruang untuk mempromosi produk buatannya.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri program-program yang dianjurkan di PI Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Puan Rozi dapat mengenal banyak kepentingan dan kelebihan teknologi komputer dan internet dalam kehidupan harian. Beliau kini mempunyai akaun Facebook sendiri. Beliau juga berjaya menggunakan akaun Facebook tersebut sebagai medium utama untuk memperkenalkan perniagaan beliau dan suami kepada orang luar. Aplikasi Facebook ini dapat memberi impak positif kepada perniagaan beliau kerana boleh meluaskan pasaran perniagaannya tanpa menggunakan modal yang banyak. Selain itu, Puan Rozi juga banyak mencari idea-idea baru melalui enjin carian google dan youtube untuk menambah baik produk-produknya di masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

NAMA : NURUL ATIQAH AFILLAH

UMUR : 18 TAHUN

AHLI : 2013

 

 

Latar belakang

Nurul Atiqah Syafillah kini merupakan pelajar di Kolej Universiti Agrosains Malaysia setelah tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2018. Beliau adalah ahli terawal yang berdaftar di PI Sungai Judah. Nurul Atiqah juga merupakan ahli yang sangat aktif dan sering menjadi sukarelawan untuk program-program anjuran PI Sungai Judah. Beliau sering berkunjung ke PI untuk menyiapkan kerja sekolah dan membuat perbincangan bersama rakan-rakan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan diri di PI Sg Judah, Nurul Atiqah hanya mempunyai asas-asas dalam pengetahuan ICT. Sebagai contoh, walaupun  beliau mengenali Micosoft Word tetapi beliau tidak mengetahui penggunaan komponen-komponen Microsoft Word yang ada untuk menyiapkan kerja kurus dengan format yang betul. Nurul Atiqah masih lemah dalam pengetahuan ICT disebabkan kurangnya pendedahan dan kekangan kemudahan ICT di rumah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan Nurul Atiqah dalam aktiviti-aktiviti anjuran PI Sungai Judah, beliau telah mahir mengenai asas komputer dan asas internet yang dipelajari. Beliau sering mengahabiskan masa di PI Sg Judah selepas tamat waktu persekolahan untuk menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan. Walaupun pada mulanya, beliau mempunyai pengetahuan yang kurang tentang komputer dan internet, kerana minat dan mempunyai keinginan untuk belajar beliau kini sudah mahir dalam asas komputer dan internet. Penglibatan Nurul Atiqah dalam aktiviti-aktiviti di PI Sg Judah menambah lagi minatnya terhadap ICT di samping boleh terus meningkatkan kemahiran ICT beliau.

 

 

 

 

 

 

 

NAMA : NUR ALYA BATRISYIA BINTI SAFARI

UMUR : 10 TAHUN

AHLI : 2018

 

Latar belakang

Nur Alya Batrisyia Binti Safari merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey dan kini merupakan pelajar tingkatan 1 di sekolah berkenaan. Beliau sudah mengenali PI Sg Judah sejak di bangku sekolah rendah. Berikutan faktor jarak sekolah rendah yang hampir dari PI, Alya sering berkunjung ke PI bersama-sama rakan-rakan beliau selepas waktu persekolahan. Ibu bapanya juga tidak menghalang beliau meluangkan masa di PI Sg Judah kerana banyak aktivti yang boleh dilakukan di PI untuk mengisi masa lapang mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan diri di PI Sg Judah, Alya tidak begitu mengenali teknologi komputer dan internet. Beliau tiada pengetahuan dalam asas ICT disebabkan kurangnya pendedahan dan kekangan kemudahan ICT di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Alya banyak belajar mengenai asas komputer dan asas internet di PI Sg Judah walaupun di usia muda beliau. . Beliau sering mengahabiskan masa di PI Sg Judah selepas tamat waktu persekolahan untuk menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan. Walaupun pada mulanya, beliau tiada pengetahuan tentang komputer dan internet, kerana minat dan mempunyai keinginan untuk belajar beliau kini sudah mahir dalam asas komputer dan internet. Penglibatan Alya dalam kelas e-pembelajaran di PI Sg Judah menambah lagi minatnya terhadap ICT di samping boleh terus meningkatkan kemahiran ICT.