NAMA : SHAHFIQZAN HAFIZ BIN SAIFUL

UMUR : 9 TAHUN

AHLI : 2018

 

Latar belakang

Shahfiqzan Hafiz Bin Saiful merupakan anak jati Kampung Orang Asli Sg Judah. Beliau merupakan pelajar SK Sg Judah dan kini merupakan pelajar tahun 3. Beliau juga adalah salah seorang ahli PI Sg Judah yang sangat aktif dan selalu terlibat dengan aktiviti-aktiviti anjuran PI sejak mula PI Sg Judah ditubuhkan. Berikutan faktor jarak rumah yang hampir dari PI, Hafiz sering berkunjung ke PI bersama-sama rakan-rakan beliau pada waktu lapang. Ibu bapanya juga tidak menghalang beliau meluangkan masa di PI Sg Judah kerana banyak aktivti yang boleh dilakukan di PI untuk mengisi masa lapang beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan diri di PI Sg Judah, Hafiz banyak menghabiskan masa lapang beliau bermain bersama rakan-rakan sebayanya dengan melakukan aktiviti-aktiviti luar seperti memancing dan bermain bola sepak. Beliau juga tiada pengetahuan dalam asas ICT disebabkan kurangnya pendedahan dan kekangan kemudahan ICT di rumah dan di Kampung Sg Judah sebelum  wujudnya PI Sg Judah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hafiz banyak belajar mengenai asas komputer dan asas internet di PI Sg Judah walaupun di usia muda beliau. . Beliau sering mengahabiskan masa hujung minggu di PI Sg Judah untuk menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan. Walaupun pada mulanya, beliau tiada pengetahuan tentang komputer dan internet, kerana minat dan mempunyai keinginan untuk belajar beliau kini sudah mahir dalam asas komputer dan internet. Penglibatan Hafiz dalam kelas e-pembelajaran di PI Sg Judah menambah lagi minatnya terhadap ICT di samping boleh terus meningkatkan kemahiran ICT.

 

 

NAMA : NAJIAH NAJAA BINTI DURIHAM

UMUR : 21 TAHUN

AHLI : 2018

 

 

Latar belakang

Najiah Najaa merupakan seorang pelajar tahun akhir di Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor. Beliau merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Walaupon berstatus anak bongsu, Najiah Najaa masih berusaha untuk mencari duit poket sendiri bagi menampung kos pembelajaran beliau di politeknik. Najiah Najaa menggunakan kesempatan sebgai seorang pelajar untuk berniaga dalam kalangan pelajar-pelajar politeknik yang lain dan menjual produk yang mendapat sambutan dalam kalangan mereka. Adakalanya, beliau berkongsi perniagaan bersama rakan-rakan sebilik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Najiah Najaa dalam aktiviti dan program PI, beliau hanya aktif mempromosi dan menjual produk secara offline. Najiah Najaa kurang mahir dan tidak terdedah untuk menggunakan internet dalam memasarkn produk-produk beliau. Najiah Najaa juga tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai ruang untuk mempromosi produk buatannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melalui pembelajaran komputer dan internet di PI, Najiah Najaa terdedah dan  dapat mengenal banyak kepentingan dan kelebihan teknologi komputer dan internet dalam kehidupan harian pada masa kini. Beliau kini mempunyai akaun Facebook khas untuk perniagaan beliau. Najiah Najaa sudah mampu memasarkan produk beliau melalui media sosial iaitu Facebook. Dengan menggunakan medium secara atas talian seperti Facebook, pasaran perniagaan beliau lebih luas dan dapat mencapai lebih ramai pelanggan yang berpotensi.

 

 

 

 

NAMA : NORALIAH BINTI ABDULLAH

UMUR : 48 TAHUN

AHLI : 2017

 

Latar belakang

Puan Noraliah, 37 tahun merupakan suri rumah sepenuh masa. Untuk membantu suami dalam menambahkan pendapatan keluarga, beliau mengambil tempahan membuat kraftangan yang dianyam sendiri menggunakan daun mengkuang. Walaupun untung dari perniagaannya masih tidak stabil, Puan Noraliah percaya perniagaannya akan terus berkembang di masa akan datang. Usahanya itu disokong oleh suami beliau. Kraftangan yang dihasilkan terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz antaranya bekas duit, penanda buku dan juga bunga telur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Sg Judah, Puan Noraliah tidak begitu terdedah dengan teknologi komputer dan internet. Beliau tidak mahir untuk menggunakan kemudahan teknologi kini dalam kehidupan harian. Contohnya seperti laman sosial Facebook. Sebelum Puan Noraliah mempunyai akaun Facebook sendiri, beliau hanya menjual kraftangan kepada agen-agen yang datang ke kampung untuk membeli sendiri kraftangan tersebut. Beliau juga tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai ruang untuk mempromosi produk buatannya.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dalam program-program yang dianjurkan di PI Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Puan Noraliah dapat mengenal banyak kepentingan dan kelebihan teknologi komputer dan internet dalam kehidupan harian. Baru-baru ini beliau telah terlibat dengan program Agrobazar Online anjuran FAMA dan MCMC. Beliau kini mempunyai akaun Facebook sendiri. Beliau juga berjaya menggunakan akaun Facebook tersebut sebagai medium utama untuk memperkenalkan perniagaan beliau kepada orang luar. Kaedah ini sangat efektif kepada perniagaan beliau kerana boleh meluaskan pasaran perniagaannya tanpa menggunakan modal yang banyak. Selain itu, Puan Noraliah juga banyak mencari idea-idea baru melalui enjin carian google dan youtube untuk menambah baik produk-produknya di masa akan datang.

 

 

NAMA : NUR SANIAH SANA BINTI ABDULLAH

UMUR : 36 TAHUN

AHLI : 2017

 

Latar belakang

Puan Nur Saniah Sana, berumur 36 tahun merupakan ahli PI yang sangat aktif mengikuti latihan-latihan ICT yang dianjurkan di PI. Walaupun berstatus seorang wanita, beliau kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kampung Orang Asli Kepau Laut. Puan Nur Saniah Sana banyak mengenali PI Sg Judah melalui rakan sejawatan beliau, Encik Bidin Bin Loya, Pengerusi Kampung Orang Asli Sungai Judah.  Melalui Encik Bidin, Puan Saniah menjadikan PI Sg Judah sebagai tempat menimba ilmu ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Puan Saniah dalam aktiviti atau program anjuran PI Sg Judah, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Komputer dan internet adalah perkara baru dalam diri beliau. Puan Saniah tidak mahir untuk menggunakan kemudahan teknologi kini dalam kehidupan harian. Beliau juga tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mempromosi produk jualannya.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dalam aktiviti dan program yang dianjurkan di PI Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Puan Saniah dapat mengenal banyak kepentingan dan kelebihan teknologi komputer dan internet dalam kehidupan harian. Beliau berjaya menggunakan akaun emel dan Facebook untuk dijadikan sebagai medium utama bagi memperkenalkan perniagaan beliau kepada orang luar. Kaedah ini sangat efektif kepada perniagaan beliau kerana boleh meluaskan pasaran perniagaannya tanpa menggunakan modal yang banyak. Selain itu, Puan Saniah juga dapat berhubung semula dengan rakan-rakan lama beliau yang telah terputus hubungan melalui aplikasi Facebook.

 

 

 

 

NAMA : MOHD SHAMSURIZAL BIN HASSAN

UMUR : 39 TAHUN

AHLI : 2017

 

Latar belakang

Encik Shamsurizal Bin Hassan merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Judah, Pulau Carey. Sekolah ini berhampiran dengan Pusat Internet Sungai Judah. Untuk makluman, isteri beliau pula mempunyai sebuah perniagaan menjual popia roll buatan sendiri dengan menawarkan pelbagai jenis perisa antarnya original, cheese, pandan dan coklat. Encik Shamsurizal memberi sokongan padu kepada isteri beliau untuk meneruskan perniagaan yang sedia ada ini. Jadi, di samping bertugas sebagai seorang guru, Encik Shamsurizal juga banyak membantu isteri beliau dalam perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan Encik Shamsurizal dalam program/aktiviti anjuran PI Sg Judah, beliau hanya memasarkan produk popia roll melalui laman facebook sahaja. Facebook adalah medium utama yang digunakan oleh Encik Shamsurizal dan isteri untuk mempromosi produk mereka.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan dalam program-program yang dianjurkan di PI Sg Judah terutamanya dalam aktiviti keusahawanan, Encik Shamsurizal telah mengenali lebih banyak medium untuk memasarkan produk perniagaannya. Contohnya di aplikasi My Shop. Di aplikasi tersebut, beliau secara tidak langsung dapat mempromosi produk-produk perniagaannya dalam kalangan ahli Pusat Internet di seluruh Malaysia.