Tarikh :30 NOVEMBER 2020 Masa : 10.00 Am ~ 11.00 Am Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 10 orang |
Tujuan
Program ini disertai oleh 10 orang belia dari sekitar daerah Kuala Langat. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta merekod video di skrin monitor menggunakan Aplikasi Screen Recorder
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Screen Recorder yang digunakan untuk merekod video di screen laptop atau PC. Mereka juga diberi bimbingan oleh petugas untuk mengaplikasikan penggunaan aplikasi tersebut .
Tarikh :27 NOVEMBER 2020 Masa : 10.00 Am ~ 11.00 Am Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 10 orang |
Tujuan
Program ini disertai oleh 10 orang belia dari sekitar daerah Kuala Langat. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta meyunting gambar dan menghasilkan gambar yang menarik menggunakan aplikasi Microsoft Power Point.
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan fungsi-fungsi komponen di aplikasi Microsoft Power Point untuk menyunting gambar. Kemudian, mereka dibimbing oleh petugas untuk mengaplikasikan penggunaan Microsoft Power Point dalam menyunting gambar untuk menghasilkan gambar yang menarik.
Tarikh :03 OKTOBER 2020 Masa : 09.00 Am ~ 12.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 4 orang |
Tujuan
Program ini disertai oleh 4 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta mencari dan mengumpul maklumat yang diperlukan dengan mudah dan pantas melalui enjin carian Google
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan enjin carian Google yang merupakan salah satu enjin carian utam yang sering digunakan untuk membuat carian maklumat, data, mahupun gambar. Kemudian mereka dibimbing untuk menggunakan Google dengan cara yang betul untuk mencari maklumat.
Tarikh :08 OKTOBER 2020 Masa : 10.00 Am ~ 1.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 1 orang |
Tujuan
Program ini disertai oleh seorang penuntut kolej swasta peringkat asasi. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta menyiapkan tugasan kerja kursus dengan menggunakan format penulisan yang betul.
Aktiviti
Peserta diperkenalkan dengan format-format penulisan kerja kursus yang betul. Kemudian, beliau dibimbing oleh petugas untuk menyiapkan kerja kursus di aplikasi Microsoft Word dengan menggunakan format-format penulisan yang telah dipelajari.
Tarikh :19 SEPTEMBER 2020 Masa : 03.00 Pm ~ 5.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 20 orang |
Tujuan
Taklimat ini disertai oleh 20 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A). Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap isu-isu semasa berkenaan keselamatan ketika melayari internet.
Aktiviti
Peserta-peserta didedahkan dengan isu ketagihan internet yang kini kian menular dalam masyarakat kita. Mereka juga diberi penerangan berkenaan risiko-risiko yang boleh terjadi ketika melayari internet. Setelah itu, petugas bersama peserta-peserta membuat perbincangan mengenai langkah-langkah mengatasi risiko-risiko ketika melayari internet.