Tarikh        :10 FEBRUARI 2021
Masa         : 10.00 Am ~ 1.00 Pm
Lokasi       : Pusat Internet Sungai Judah
Peserta     : 10 orang

 

 

 

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh 10 orang belia dari sekitar Daerah Kuala Langat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu peserta-peserta membina kedai atas talian dalam Aplikasi Shopee untuk meluaskan lagi pasaran produk mereka tanpa menggunakan modal yang banyak.

 

Aktiviti

  1. 1. Pengenalan kepada aplikasi Shopee dan fungsinya.
  1. 2. Praktikal menggunakan aplikasi Shopee
  1. 3. Soal jawab peserta bersama penceramah.

 

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :29 JANUARI 2021
Masa         : 10.00 Am ~ 11.00 Am
Lokasi       : Pusat Internet Sungai Judah
Peserta     : 2 orang

 

 

 

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh 2 orang belia dari Kampung Orang Asli Sungai Judah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu peserta-peserta menggunakan aplikasi Whatsapp Web untuk berkomunikasi, menghantar dokumen/gambar dan menggunakan fungsi-fungsi aplikasi tersebut yang lain.

 

Aktiviti

Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Whatsapp Web sebagai medium komunikasi yang mempunyai pelbagai fungsi. Mereka kemudian dibimbing untuk menggunakan dan mengaplikasikan aplikasi tersebut.

 

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :07 JANUARI 2020
Masa         : 10.00 Am ~ 12.00 Am
Lokasi       : Pusat Internet Sungai Judah
Peserta     : 47 orang

 

 

 

 

Tujuan

Pihak Pusat Internet Sungai Judah mewar-warkan dan membantu komuniti membuat permohonan program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah untuk membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlebal 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga. Program ini diwar-warkan melalui aplikasi Whatsapp memandangkan negara masih lagi diancam wabak Covid 19 dan kami perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

 

Aktiviti

Peserta-peserta diperkenalkan dengan program pemberiaan e-rebat rm200 melalui program save 2.0 oleh Suruhanjaya Tenaga. Mereka juga diberikan maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan dan cara memohon e-rebat berkenaan. Sesi soal jawab dibuka kepada peserta dalam aplikasi Group Whatsapp.

 

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :21 JANUARI 2021
Masa         : 2.00 Pm ~ 4.00 Pm
Lokasi       : Pusat Internet Sungai Judah
Peserta     : 1 orang

 

 

 

 

Tujuan

Bengkel keusahawanan ini telah disertai oleh seorang belia dari Kampung Orang Asli Sungai Judah. Tujuan bengkel ini diadkan adalah untuk membantu peserta memperbaharui lessen perniagaan secara dalam talian melalui laman web ezbiz.ssm.com.my di mana ianya lebih mudah dan pantas.

 

Aktiviti

Peserta diperkenalkan dengan laman web ezbiz.ssm.com.my sebagai medium untuk memperbaharui lessen perniagaan. Beliau juga dibimbing untuk mendaftar syarikat di laman web tersebut sebelum dapat menggunakan fungsi-fungsi lain yang terdapat di aplikasi itu.

 

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :23 DISEMBER 2020
Masa         : 10.00 Am ~ 12.00 Pm
Lokasi       : Pusat Internet Sungai Judah
Peserta     : 30 orang

 

 

Tujuan

Program ini disertai oleh 30 orang belia dari sekitar daerah Kuala Langat. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi dan menambah kemahiran keusahawanan kepada peserta-peserta yang berminat dalam bidang perniagan. Pelbagai kemahiran yang dipelajari antaranya kemahiran mempromosi produk secara online dan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan.

Aktiviti

Peserta-peserta diperkenalkan dengan maksud perniagaan dan keusahawanan sebelum diberi penerangan lebih lanjut berkenaan kemahiran keusahawan yang perlu dikuasai untuk perniagaan dalam norma baharu. Perbincangan dan komunikasi dua hala turut diadakan agar peserta-peserta berpeluang memberi pendapat, cadangan dan membuat persoalan kepada pengajar.