Tarikh : 9 Januari 2019 Masa : 2.00 Pm ~ 4.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah Peserta : 2 orang |
Kelas ini disertai oleh 2 orang pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta mengumpul dan menyimpan maklumat dalam aplikasi Microsoft Word.
Peserta-peserta diperkenalkan dengan Microsoft Word sebagai medium untuk menyimpan maklumat dan enjin carian Google sebagai sumber untuk mencari maklumat. Mereka dibimbing untuk menyalin dan menyimpan maklumat yang dicari menerusi Google ke dalam Microsoft Word.
Tarikh : 5 Januari 2019 Masa : 10.00 Am ~ 1.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah Peserta : 3 orang |
Kelas ini disertai oleh 3 orang wanita dari Kampung Sungai Judah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta memohon zakat pendidikan Negeri Selangor secara dalam talian.
Tarikh : 26 DISEMBER 2018 |
Tujuan
Kelas membuat poster secara online ini disertai oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini dianjurkan untuk mendedahkan peserta-peserta dengan laman web yang boleh digunakan untuk membuat poster secara kreatif dan menarik.
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan laman PosterMyWall. Di laman tersebut, mereka dibimbing untuk membuat poster bertemakan tahun baru.
Tarikh : 29 DISEMBER 2018 |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 2 orang kanak-kanak dari Kampung Sungai Judah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar peserta-peserta tentang cara bagaimana untuk mencari dan memuat turun gambar yang dicari melalui enjin carian google. Selain itu, mereka juga diajar untuk menyimpan gambar dalam fail komputer.
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan enjin carian Google. Melalui enjin carian tersebut mereka mencari gambar dan memuat turun gambar tersebut dengan bantuan petugas pusat internet. Setelah berjaya memuat turun gambar, peserta-peserta dibimbing untuk menyimpan gambar tersebut di dalam fail komputer.
Tarikh : 15 DISEMBER 2018 |
Tujuan
Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Sg Judah telah disertai oleh komuniti Kampung Orang Asli Sg Judah dan penduduk dari kawasan berhampiran. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat dan mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat. Selain itu, program ini juga menyasarkan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
Pusat Internet Sg Judah telah menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk pengunjung Program Jom Sihat. Antaranya, ceramah kesihatan, pemeriksaan gigi dan latihan memberus gigi. Selain itu, terdapat juga pertandingan penyediaan sandwich sihat, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pelbagai lagi aktiviti bagi memeriahkan program.