Tarikh        :08 MAC 2019
Masa         : 9.00 Am ~ 10.00 Pm
Lokasi       : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah
Peserta     : 10 orang

 

 

Tujuan

 

Kelas ini disertai oleh 10 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Judah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta-peserta dengan permainan dalam talian yang menguji minda dan menguji kebolehan serta kepantasan mereka dalam mencari perkataan tersembunyi.

 
Aktiviti
 

Peserta-peserta diperkenalkan dengan laman pembelajaran secara dalam talian (Abcya.com).  Mereka telah dibimbing untuk membuat permainan mencari perkataan tersembunyi yang bertemakan sekolah dalam aplikasi tersebut sebelum memulakan permainan.

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :19 MAC 2019
Masa         : 9.00 Am ~ 12.00 Pm
Lokasi       : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah
Peserta     : 2 orang

 

 

Tujuan
 

Kelas ini telah disertai oleh 2 orang belia berbangsa India. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta untuk membina akaun Facebook mengikut langkah-langkah yang betul dan selamat.

 
Aktiviti
 

Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Facebook. Mereka kemudian dibimbing oleh petugas untuk membuka akaun Facebook dan dalam masa yang sama telah didedahkan dengan ciri-ciri keselamatan yang perlu diambil kira ketika menggunakan aplikasi tersebut.

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        : 10 MAC 2019
Masa         : 8.00 Am ~ 1.00 Pm
Lokasi       : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah
Peserta     : 152 orang

 

 

Tujuan
 

Hari Bersama Komuniti 2019 telah disertai oleh seramai 152 penduduk sekitar kawasan Pulau Carey. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan PI sebagai pusat komuniti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan selain daripada ingin mengeratkan hubungan PI dengan komuniti. Tambahan pula, program ini juga menyasarkan penambhan ahli Pusat Internet  dalam usaha mewujudkan komuniti mesra IT dan teknologi.

 
Aktiviti
 

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dianjurkan semasa Hari Bersama Komuniti 2019. Antaranya, terdapat aktiviti pertandingan gubahan chocolate bouquet, pertandingan menyumpit, ceramah kesihatan dan lain-lain. Kebanyakkan aktiviti dan pertandingan yang diadakan melibatkan penggunaan ICT untuk menggalakkan penggunaan teknologi berkenaan dalam komuniti.

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        : 09 & 10 MAC 2019
Masa         : 9.00 Am ~ 10.00 Am
Lokasi       : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah
Peserta     : 10 orang

 

 

Tujuan
 

Pertandingan ini disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk kreativiti para peserta di samping menyampaikan mesej-mesej positif berkenaan isu-isu yang terdapat di alam maya.

 
Aktiviti
 

Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Poster MyWall . Mereka kemudian dibimbing untuk menggunakan aplikasi tersebut untuk menghasilkan poster yang menarik mengikut kreativiti masing-masing dalam menghasilkan poster yang berimpak positif.

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        : 21 FEBRUARI 2019
Masa         : 2.00 Pm ~ 5.00 Pm
Lokasi       : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah
Peserta     : 2 orang

 

 

Tujuan
 

Kelas ini disertai oleh 2 orang pelajar SMK Pulau Carey. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan MC Word dalam penghasilan folio Pendidikan Seni Visual. Dalam kelas ini, peserta-peserta dapat mengenali fungsi-fungsi yang terdapat di Microsoft Word dan menyiapkan tugasan untuk menghasilkan sebuah folio yang ditugaskan oleh guru.

 
Aktiviti
 

Peserta-peserta diperkenalkan dengan fungsi-fungsi yang terdapat dalam  Microsoft Word. Mereka juga dibimbing untuk menghasilkan folio pendidikan seni visual mengikut format-format yang betul.

 

Gambar Disini