Tarikh :08 SEPTEMBER 2020 Masa : 03.00 Pm ~ 5.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 3 orang |
Tujuan
Bengkel ini disertai oleh tiga orang belia dari Kampung Melayu, Pulau Carey. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan peserta-peserta kepada penggunaan emel bagi tujuan berkomunikasi dengan lebih mudah dan cepat.
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan fungsi dan komponen emel yang menjadi salah satu medium digital untuk berkomunikasi. Mereka juga dibimbing oleh petugas untuk mengaplikasikan penggunaan asas emel.
Tarikh :30 OGOS 2020 Masa : 11.00 Am ~ 12.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 13 orang |
Tujuan
Majlis ini diadakan untuk meraikan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Video Kraftangan Merdeka Pusat Internet. Seramai 10 orang peserta telah dijemput untuk memeriahkan majlis ini beserta wakil ketua kampung Sungai Judah, Zurainy Daiman sebagai penyampai hadiah.
Aktiviti
Ucapan alu-alauan oleh petugas Pusat Internet Sungai Judah sebagai permulaan majlis dan penghargaan kepada semua peserta yang terlibat dalam pertandingan ini. Majlis penyampaian hadiah diadakan dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.
Tarikh :11 OGOS 2020 Masa : 2.00 Pm ~ 5.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 7 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh tujuh orang pelajar yang merupakan ahli Pusat Internet Sungai Judah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar membina peta minda dan menggalakkan penggunaan peta minda dalam pembelajaran yang lebih efektif dan menarik.
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan kelebihan peta minda yang dapat membantu memudahkan lagi pembelajaran. Mereka juga dibimbing untuk menghasilkan peta minda menggunakan Microsoft Power Point.
Tarikh :15 OGOS 2020 Masa : 10.00 Am ~ 1.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 6 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh enam orang wanita yang tinggal di sekitar Pulau Carey. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan mini studio bagi menghasilkan foto produk professional seterusnya dapat meningkatkan lagi mutu pemasaran dalam talian.
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan mini studio dan mereka dibimbing oleh petugas untuk menghasilkan foto produk professional. Mereka juga dibimbing untuk memuat naik foto-foto tersebut di aplikasi Shopee dan Facebook.
Tarikh :08 OGOS 2020 Masa : 10.00 Am ~ 12.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 4 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh empat orang pelajar yang merupakan ahli Pusat Internet Sungai Judah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta-peserta dalam subjek tatabahasa melalui medium e-pembelajaran di laman Quizziz.com.
Aktiviti
Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Quizziz.com untuk melakukan latih tubi subjek tatabahasa secara dalam talian. Mereka juga digalakkan menggunakan aplikasi tersebut untuk membuat latih tubi bagi subjek yang lain.