Tarikh        :29 FEBRUARI 2020
Masa         : 10.00 Am ~ 1.00 Pm
Lokasi       : Pusat Internet Sungai Judah
Peserta     : 2 orang

 

 WhatsApp Image 2020 02 22 at 12.59.54 2

 

Tujuan

 

Bengkel ini disertai oleh 2 orang peserta wanita dari Kampung Sungai Judah. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu peserta-peserta membina platform pemasaran secara dalam talian melalui media sosial Facebook yang kini semakin popular dan relevan.

 

Aktiviti
 
  1. Peserta-peserta diberi tunjuk ajar dan dibimbing untuk membina akaun emel serta facebook bagi tujuan mempromosi perniagaan dan melakukan aktiviti jual beli secara atas talian. Mereka juga dibantu untuk mengemaskini status laman perniagaan di Facebook dengan teknik-teknik pemasaran yang terkini.

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :15 FEBRUARI 2020
Masa         : 9.00 Am ~ 11.00 Am
Lokasi       : Pusat Internet Sungai Judah
Peserta     : 4 orang

 

 

 

 

Tujuan

 

Bengkel ini disertai oleh 4 orang pelajar Sekolah rendah dan sekolah menegah yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Judah. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu peserta-peserta mengulangkaji pelajaran subjek Matematik serta meningkatkan kemahiran mengira mereka.

 
Aktiviti
 
  1. Peserta-peserta diperkenalkan dan didedahkan dengan laman web Abc.ya sebagai medium untuk mengulang kaji matapelajaran matematik secara atas talian. Kemudian mereka dibimbing untuk bermain permainan secara atas talian yang memfokuskan subjek matematik.

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :16 JANUARI 2020
Masa         : 10.00 Am ~ 1.00 Pm
Lokasi       : Pusat Internet Sungai Judah
Peserta     : 2 orang

 

 

 

 

Tujuan

 

Kelas ini disertai oleh 2 orang belia dari sekitar kawasan Pulau Carey. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta menghasilkan resume profesional dengan format yang terkini.

 

Aktiviti
 
  1. Peserta –peserta didedahkan dengan format terkini resume untuk memohon pekerjaan di sektor swasta mahupun kerajaan. Setelah itu, mereka dibimbing untuk menghasilkan resume menggunakan Microsoft Word berpandukan contoh template yang diberikan.

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :14 FEBRUARI 2020
Masa         : 3.00 Pm ~ 5.00 Pm
Lokasi       : Pusat Internet Sungai Judah
Peserta     : 4 orang

 

 

 

 

Tujuan

 

Kuiz ini disertai oleh 4 orang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Judah. Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk membantu peserta-peserta menguasai dan menambah baik pengetahuan tatabahasa sekolah menengah.

 
Aktiviti
 
  1. Peserta-peserta diperkenalkan dan didedahkan dengan laman web Pro Profs Quizzes sebagai medium untuk melakukan ujian atas talian bagi mengulang kaji pelajaran. Mereka kemudian dikehendaki menjawab ujian tatabahasa secara atas talian dengan bimbingan petugas PI.

 

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh        :7 JANUARI 2020
Masa         : 2.00 Pm ~ 5.00 Pm
Lokasi       : Pusat Internet Sungai Judah
Peserta     : 12 orang

 

 

 

 

Tujuan

 

Program ini disertai oleh 12 orang pelajar sekolah rendah sekitar Kampung Sungai Judah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran ICT di samping memupuk semangat kerja berkumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.

 
Aktiviti
 
  1. Peserta-peserta diperkenalkan dengan Program Explorace ICT anjuran Pusat Internet Sungai Judah. Mereka dikehendaki menyelesaikan semua cabaran di setiap check point yang berbeza dalam kumpulan.

    Check Point 1: Cekap Kira

    Check Point 2: Oh My English!

    Check Point 3: Malaysiaku Tercinta

    Check Point 4: Cuti-Cuti Malaysia

    Check Point 5: Find The Words!!

 

Gambar Disini