Tarikh :3 JANUARI 2020 Masa : 10.00 Am ~ 11.00 Am Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 4 orang |
Tujuan
Program ini disertai oleh 4 orang belia Kampung Orang Asli Sungai Bumbun. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta dengan aktiviti kitar semula barangan elektronik seperti peranti telefon yang tidak digunakan lagi melalui Program Mobile E-Waste.
-
Peserta-peserta diperkenalkan dengan Program Mobile E-Waste. Mereka diberi penerangan lanjut tentang program tersebut dan didedahkan dengan langkah-langkah kitar semula barangan elektronik yang tidak digunakan lagi.
Tarikh :20 DISEMBER 2019 Masa : 2.00 Pm ~ 4.00 Am Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 7 orang |
Tujuan
Program ini disertai oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu peserta-peserta meningkatkan kemahiran dan ketangkasan dalam aktiviti menaip.
-
Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Rapid Typing. Mereka dibimbingan untuk menggunakan aplikasi tersebut dalam meningkatkan dan menguji kemahiran menaip.
Tarikh :10 DISEMBER 2019 Masa : 10.00 Am ~ 11.00 Am Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 10 orang |
Tujuan
Program ini disertai oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu peserta-peserta mengulangkaji mata pelajaran matematik melalui kuiz interaktif secara dalam talian di Aplikasi Kahoot.
-
Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Kahoot. Selepas mengenali aplikasi Kahoot, mereka diberi bimbingan untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi menjawab soalan kuiz matematik untuk menguji dan meningkatkan kemahiran mengira mereka.
Tarikh :12 DISEMBER 2019 Masa : 10.00 Am ~ 11.00 Am Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 2 orang |
Tujuan
Program ini disertai oleh 2 orang belia Kampung Melayu, Pulau Carey. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta dengan aplikasi Whatsapp Web sebagai medium untuk berkomunikasi dengan berkesan.
-
Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Whatsapp Web. Mereka diberi bimbingan untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi berkomunikasi dan menghantar dokumen kepada penerima.
Tarikh :30 NOVEMBER 2019 Masa : 9.00 Am ~ 1.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 30 orang |
Tujuan
Program ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama JKKOA Sungai Judah, SK Sungai Judah dan Pusat Internet Sungai Judah. Program ini disertai oleh 30 orang pelajar SK Sungai Judah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas ICT kepada pelajar-pelajar luar bandar melalui aktiviti-aktiviti interaktif.
-
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bersama pelajar-pelajar SK Sungai Judah. Antaranya, aktiviti senamrobik, Ice Breaking, My Island: Lets Creative dan Information Hunt. Pelajar-pelajar dibimbing oleh fasilitator yangterdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara sepanjang program tersebut.