Tarikh :15 SEPTEMBER 2019 Masa : 2.00 Pm ~ 5.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Sungai Judah Peserta : 10 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 10 orang pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Pulau Carey. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan penggunaan kalkulator secara atas talian untuk membuat pengiraan matematik.
-
Peserta-peserta diberi pendedahan berkenaan kalkulator atas talian dan dibimbing untuk menggunakannya. Kemudian mereka diberi soalan matematik untuk diselesaikan menggunakan kalkulator tersebut.
Tarikh :10 SEPTEMBER 2019 Masa : 4.00 Pm ~ 6.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah |
Tujuan
Lawatan ini dihadiri oleh Madam Dorothy Gordon, Pengerusi Information for All Programme (IFAP) dari Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Selain itu, turut hadir juga Pegawai-pegawai dari Kementerian Komunikasi (KKMM) & Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar pendapat dan idea dalam mempromosi penggunaan ICT untuk memperkasakan komuniti setempat.
-
Sesi pembentangan oleh wakil SKMM dan Pengurus Pusat Internet Sg Judah berkenaan projek pusat internet di Malaysia. Selepas pembentangan, pelawat dibawa melawat ke sekitar pusat internet dan beramah mesra dengan penduduk setempat yang turut hadir.
Tarikh :18 OGOS 2019 Masa : 9.00 Am ~ 1.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah Peserta : Komuniti Sekitar Pulau Carey |
Tujuan
Program ini disertai oleh komuniti sekitar Pulau Carey.Terdapat juga agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Langat dan Klinik Pergigian Banting. Program ini diadakan bertujuan untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan di samping mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
-
Pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung program ini. Antaranya diadakan ceramah kesedaran dan kesihatan, pameran oleh agensi terlibat, pertandingan senamrobik, pertandingan mewarna dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.
Tarikh :04 SEPTEMBER 2019 Masa : 2.00 Pm ~ 3.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh seorang pelajar IPTA. Kelas ini diadakan untuk membantu peserta mengenali mesin pencetak dan fungsi-fungsinya.
-
Peserta diberi penerangan mengenai mesin pencetak dan fungsi-fungsinya. Beliau juga dibimbing untuk menggunakan mesin mencetak untuk menghasilkan cetakan berwarna.
Tarikh :06 OGOS 2019 Masa : 2.00 Pm ~ 5.00 Am Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah Peserta : 25 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 25 orang pelajar Kelas Dewasa Asli Pribumi SK Sungai Judah. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mencipta mini kotak studio bagi menghasilkan foto produk yang berkualiti dan menarik
-
Peserta-peserta diberi penerangan berkenaan foto-foto produk yang berkualiti dan dapat menarik perhatian pelanggan yang berpotensi. Setelah itu, mereka telah dibantu untuk mencipta mini kotak studio dengan kos yang minima dan mereka juga dibimbing untuk menangkap foto produk dengan menggunakan teknik yang betul.