Tarikh :14 JUN 2019 Masa : 2.30 Pm ~ 5.30 Pm Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah Peserta : 10 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 10 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A). Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta membina slide pembentangan berkaitan biodata diri menggunakan Microsoft Power Point.
Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Power Point. Mereka juga dibimbing untuk menggunakan aplikasi tersebut untuk membina biodata diri.
Tarikh :10 JUN 2019 Masa : 2.00 Pm ~ 5.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah Peserta : 4 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 4 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta mencari bahan dan mengumpul maklumat bagi menyiapkan kerja kursus Sejarah Tingkatan 3.
Peserta-peserta diperkenalkan dengan aplikasi Google Scholar. Mereka juga dibimbing untuk menggunakan aplikasi tersebut untuk mencari artikel-artikel dan sumber bacaan yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus.
Tarikh :12 MEI 2019 Masa : 09.00 Am ~ 12.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah Peserta : 10 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 10 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A). Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta-peserta dalam meningkatkan prestasi dalam matapelajaran matematik melalui kuiz matematik secara dalam talian.
Peserta-peserta diperkenalkan dengan Kuiz Matematik secara dalam talian yang terdapat dalam laman ABC.ya!. Peserta-peserta diminta untuk menjawab kuiz matematik bermula dari tahap kesukaran aras rendah sehingga yang paling susah. Kuiz ini melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Tarikh :22 MEI 2019 Masa : 2.00 Pm ~ 5.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah Peserta : 10 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 10 orang pelajar Program Kelas Dewasa Asli Pribumi (KEDAP). Kelas ini diadakan untuk membantu peserta-peserta mengumpul maklumat dan membuat carian gambar berkenaan produk-produk yang boleh dihasilkan daripada barang-barang kitar semula.
Peserta-peserta diperkenalkan dengan enjin carian Google sebagai medium untuk mengumpul info dan maklumat. Peserta-peserta diminta untuk membuat carian berkenaan produk-produk yang boleh dihasilkan daripada barang-barang kitar semula.
Tarikh :08 MEI 2019 Masa : 10.00 Am ~ 1.00 Pm Lokasi : Pusat Internet Malaysia Sungai Judah Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini disertai oleh seorang peserta belia wanita dari kawasan Pulau Carey. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta menghasilkan surat rasmi bagi memohon sumbangan untuk hari sukan sekolah.
Peserta diperkenalkan dengan format untuk menghasilkan surat rasmi. Peserta juga telah dibimbing untuk menggunakan enjin carian bagi mencari contoh-contoh surat rasmi yang ringkas dan padat. Setelah itu, peserta diberi tunjuk ajar untuk menggunakan Microsoft Word bagi menghasilkan surat rasmi.